Anda warga Kuala Lumpur (KL)? Mesti anda sudah biasa dengan kesesakan jalan raya yang melanda ibu negara Malaysia ini. Sana sini 'jammed' hinggakan pada waktu kemuncak, situasi menjadi semakin teruk dan akhirnya berlaku kemalangan. Lebih parah apabila pembangunan yang dilakukan oleh pihak berkuasa semakin galak dilaksanakan, seolah-olah tiada tanda untuk berhenti.
Ramai warga KL makan hati namun seakan pasrah dengan situasi tersebut lalu redha menghadap kesesakan sama setiap hari. Namun bagi yang sudah tidak tahan, mereka menyuarakan di media sosial, hanya itu yang mampu dilakukan. Rupa-rupanya ramai warga KL berkongsi pengalaman pahit yang sama. Sampai bilakah tragedi ini akan berakhir?
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Carian Internet
Bagi warga KL ini, pengalaman menghadapi kesesakan semakin menganggu pemikirannya. Manakan tidak, berada di 'traffic light' Park Royal sahaja memakan masa 10 minit. Sangat mengejutkan kerana tidak pernah berlaku sebelum ini. Bayangkan jika minyak kereta hampir kehabisan? Malahan, Kampung Baru yang sudah padat itu pun, pihak berkuasa menaikkan projek kondominium menyebabkan kawasan di situ semakin sesak!
Ia turut dipersetujui oleh warga KL yang turut mengalami pengalaman sama. Sebut sahaja nama daerah di KL ini, Setiawangsa, Wangsa Maju, Kampung Baru, Ampang dan lain-lain yang sudah padat itu tetap dibangunkan dengan pelbagai projek perumahan, LRT dan sebagainya. Hal ini menyebabkan jalan semakin sesak dan warga KL seperti berada dalam kebingungan.
Kredit foto: Carian Internet
"Masalahnya construction kat KL ni bukan manfaat untuk rakyat Malaysia pun. Naik kondo, naik opis untuk orang luar. Kita yang kena hadap jammed, jalan lubang sana sini!"
Bagi warga KL yang menetap dan bekerja di bandar KL iaitu destinasi ketujuh menjadi pilihan pelancong selepas London, Paris dan Dubai, pastinya Kuala Lumpur semakin sesak dengan perancangan bandar yang tidak sempurna. Ia juga menggambarkan berlakunya keputusan luar jangkaan atau ia memang kehendak pihak berkuasa?
Kredit foto: Carian Internet
"Habis tu, dah kenapa banyak sangat projek pembangunan sampaikan di Cheras, ada 3 mall yang berdekatan, nak jual kat sapa?"
Bagi warga KL, apabila pembangunan dibuat tanpa mengambil kira kepadatan penduduk, ia membuatkan jalan semakin sesak hinggakan jalan cuma tinggal 3 lane sahaja. Contoh terdekat ialah di Cheras.
Kredit foto: Carian Internet
Nampaknya pihak berkuasa tidak menghiraukan bantahan warga KL sehinggakan banyak insiden berlaku pun tidak menginsafkan mereka. Antaranya ialah kren tumbang lalu menghempap kereta di Kampung Baru dan jambatan Mid Valley runtuh sekalipun tidak pernah menghentikan kerakusan mereka membina bangunan. Jadi, apa yang kita nak buat sekarang? - CARI |