CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6799|Reply: 7

Berenang Dalam Taman, Green Lake Di Austria Yang Begitu Unik Dan Menakjubkan

[Copy link]
Post time 11-1-2019 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Cantik dan menakjubkan adalah dua perkataan yang dapat diberikan kepada Green Lake yang terletak di Austria ini.


Siapa sangka tasik yang dikelilingi pergunungan Hochschwab dan hutan ini,  menyimpan fenomena unik yang tersendiri.



Kredit foto : Google





Green Lake (Gruner See) adalah sebuah tasik indah  berwarna hijau-zamrud dengan kedalamannya hanya sekitar 1-2 meter ketika di musim sejuk. Seperti kebanyakan taman tasik yang lain dengan rumput yang ditutupi  saat musim salji , bangku-bangku di taman, dan jalan-jalan kecil, taman ini cukup mengindahkan.





Kredit foto: Google





Kawasan tasik ini juga menjadi tumpuan pendaki gunung yang ingin menikmati keindahan alam  semula jadi  di sini.




Kredit foto: Google



Walau bagaimanapun, apabila musim bunga menjelma, secara perlahan taman tasik ini mulai tenggelam.



Kredit foto: Google



Fenomena ini terjadi apabila suhu meningkat dan salji mencair, menyebabkan lembangan tanah di bawah gunung ini terjadi sehingga membuatkan Green Lake dipenuhi air yang  mencapai kedalaman maksimum kira-kira 12 m (39 kaki). Namun setelah memasuki musim gugur air mula kembali surut.









Kredit foto: Google



Saat ini penyelam boleh berenang dengan ikan di tasik dengan pemandangan pokok-pokok yang subur dan rumput hijau. Bukan itu sahaja, anda juga boleh cuba berjalan di jalan dari batu-batu yang berada di bawah air. Bangku yang biasanya digunakan untuk duduk juga boleh menjadi tempat foto yang menarik.









Kredit foto: Google



Selama hampir 6 bulan, taman ini akan tenggelam dan akan menjadi syurga bagi penyelam. Tenggelam pokok dan rumput tidak akan layu dan hilang kesegarannya kerana matahari musim panas terus memberikan pengambilan cahaya yang mencukupi.









Kredit foto: Google





Video Green Lake




Menakjubkan bukan? Kepada anda yang sukakan aktiviti menyelam,  apa kata kali anda terbang jauh sedikit dan rasakan sendiri pengalaman menyelam di taman  dalam air sambil berswafoto dengan penuh gaya kreatif .





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2019 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya.. sebelum twnggelam tu pon dah cantik.. iols sanggup habiskan berejam2 ka siti setiap hari.. sgt menenangkan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 04:37 PM | Show all posts
Dua2 keadaannya cantik masa biasa dan masa ianya dah tenggelam.  Tapi bila dah tenggelam nampak unik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya kawasan ni. Rileks je rasa
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 11:34 AM | Show all posts
lawooo...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:49 AM | Show all posts
wahh cantik!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2019 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringinnya nak pergi. Cantik sangat MashaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 12:47 AM | Show all posts
Indahnya. Terus rasa nak pindah dok sana boleh pi tiap2 hari. Berangans
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.069992 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list