CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25397|Reply: 119

Ingatkan Kembar Scha Al Yahya, Rupa-Rupanya...

[Copy link]
Post time 15-1-2019 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Sekilas pandang, wajah wanita cantik berkulit putih ini tidak ubah seperti pelakon dan pengacara Scha Al Yahya. Apabila melihat gambarnya, ramai yang menyangka Scha sudah bertudung, rupa-rupanya bukan Scha orangnya.


Kredit foto: Instagram












Individu yang menyerupai Scha ini tidak lain dan tidak bukan, Noor Hayati Kamarzaman, iaitu kakak kepada jutawan kosmetik, Dato Seri Aliff Syukri.


Noor Hayati atau lebih dikenali dengan nama Yatie, ialah Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi. Yatie meneruskan legasi produk kecantikan ibu mereka, Rozita Ibrahim yang merupakan pengasas Sendayu Tinggi. Yatie juga mengeluarkan produk tudungnya sendiri.


Yatie mempunyai seramai 400 ribu lebih pengikut di laman instagramnya. Dia juga mempunyai saluran Youtubenya sendiri.


Terdahulu, netizen mula mengenali Yatie sebagai kakak Dato Aliff selepas Dato Aliff memuat naik gambar mesej peribadi yang dihantar oleh kakaknya. Di dalam mesej itu, Yatie menasihati adiknya dan menunjukkan keprihatinannya sebagai seorang kakak.


  



Yatie juga pernah memuat naik status di instagramnya, menegaskan pendirian bahawa dia tidak menyokong perbuatan adiknya yang seolah-olah bersekongkol dengan perbuatan LGBT.




  



Bagus betul kakak Dato Aliff, cantik pula tu!


Jom kita layan gambar-gambar Yatie, betul ke macam Scha Al Yahya? Bahagian mana yang serupa tu?












Kredit foto: Instagram Yatie




Ramai yang berpendapat Yatie memiliki wajah yang cantik. Apa pendapat anda? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa betul yatie ni. Bijak jugak. Masa kecik rajin masuk pidato
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Celah mana sama? Yang pasti, dua dua muka pondan!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:04 PM | Show all posts
ada ciri2 muka sanjut
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
besarkecik replied at 15-1-2019 11:56 AM
Celah mana sama? Yang pasti, dua dua muka pondan!

Gitu gitu je lahar orang muka pondan.... gilo ka apo??
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Laku lagi ke sendayu tinggi tu?? Zaman2 2000an yela iklan kt tv memanjang, iklan pon nmpak exclusive siap amek julia ziegler jadi model.. x mcm produk skg tah ape2 iklan annoying...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pinggang dia 21 inci je uols
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok cantik gak la kak yati ni. Kiranya bonda Rozita masa muda2 muka macam dia la kot.

Tapi sakit mata betul tengok muka bonda rozita. Bengkak semacam. Dia dah nafikan dia cucuk muka. Kononnya memang pipi dia macam tu katanya @beautifulliar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka sgt yatie ni sbb dia buat hal dia. Kalau dia promo product tu xde mcm acah2 pandai. Mmg dia terang betul2. Cumanya x teringin nk try sgt sendayu tinggi ni sbb takut x serasi ngan muka
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:17 PM | Show all posts
Sama siiiiiiiiiiiiiiiikit la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:22 PM | Show all posts
tang mana yg sama nya??? bibir masing2 terjuih & mulut luas?? suara heshe bingit jugak tak macam shah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:26 PM | Show all posts
mmg pakai eyeliner sendayu tinggi...the best so far...kalah loreal..
tp xtau laa brand lain...

ada jugak try2 foundation tapi manjang out of stock...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:26 PM | Show all posts
oh yerr...yatie ni best je die mekap...kejap je...xder laa sejam lebih sampai makan pon depan kamera...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tengok video dia makan2..takde control2. Bila makan, makan sungguh & jenis yang suka mencuba
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mekap tebal sgt dah mcm pon.. kalau natural sikit lawa la
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
SissySembah replied at 15-1-2019 12:22 PM
tang mana yg sama nya??? bibir masing2 terjuih & mulut luas?? suara heshe bingit jugak tak macam sha ...

Tulah.. Tak sama pun.. Shah kan kelopak hidung dia besar sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 12:34 PM | Show all posts
cantik la dia ni, yes ada iras scha...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:37 PM | Show all posts
suke tgk dia g makan .. n laki dia rajin melayan dia ngn ank2.. klu laki iolss.. amek gambar pun blur
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg ni memang keluarga yg 'bingit' kan. Maksud iols, suara diorg ni kalau berckp berbunyi bingit. Ditambah pulak perangai memasing suka terkinja. Nampak menjengkelkan sikit di situ
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 15-1-2019 12:08 PM
Ok cantik gak la kak yati ni. Kiranya bonda Rozita masa muda2 muka macam dia la kot.

Tapi sakit m ...

Kan ada sekali bonda berniqab, ingatkan tobat nasuha rupa2nya operation went wrong, hasilnya pp tetap  kembong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.078674 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list