Berikutan laporan yang menyatakan kedai serbaguna dari Jepun, Family Mart tidak mendapat pengesahan halal, ramai netizen kini mula was-was untuk menikmati makanan yang terdapat di situ.
Walaupun pada awalnya ramai rakyat Malaysia berebut-rebut untuk membeli Oden, sushi, onigiri, aiskrim, coklat dan lain-lain yang didatangkan khas dari negara matahari terbit itu, kini isu halal menjadi permasalahannya.
Bagaimanapun, netizen ini memberi pendapat bernas iaitu mengaitkan status halal haram dengan kehidupan seharian kita. Tulisnya, orang kita terlalu sibuk menghukum benda yang belum tentu sahih tetapi perkara haram pula dipandang sebelah mata.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Netizen yang bersetuju dengan pendapat tersebut turut menambah perangai orang kita yang sebenarnya tidak membantu langsung seperti datang ke kedai dengan alasan menyokong tetapi minta diskaun. Selain itu suka sangat komplen mengalahkan pakar dan juga banyak kesalahan yang tidak disedari atau sengaja tidak mahu sedar.
Kredit foto: Carian Internet
Bagi mereka yang yakin pula menyatakan ia satu perkara yang bagus kerana mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan makanan tersebut.
Kredit foto: Carian Internet
Namun begitu, bagi segelintir netizen, pandangan tersebut tidak harus diangkat sebagai pegangan kerana status halal kedai dan juga halal ketika bekerja perlu seiring bersama. Jadi, adalah kurang bijak memberi pendapat yang menyamaratakan semua perkara.
Lagi pula kedai, warung dan restoran Melayu sendiri pun sebenarnya ada lagi yang tidak mendapatkan pengesahah halal walaupun berbelas tahun dibuka. Jadi, pengguna perlu bijak menapis. Sementelah Family Mart dikategorikan dalam kedai serbaneka yang tidak memungkinkan mendapat sijil Halal kerana turut menjual alkohol.
Anda pula bagaimana? Dah berapa banyak Oden di makan? - CARI
|