Sadis juga jika perlu melakukan perkara memalukan dan menjijikkan hanya untuk mengekalkan pekerjaan.
Pelik-pelik hukuman dikenakan terhadap pekerja di China sekiranya gagal mencapai sasaran jualan.
Terbaru, beberapa pekerja syarikat produk kecantikan dipaksa merangkak di tepi jalan raya yang sibuk di Shandong pada Isnin.
Kredit foto: Weibo/Shanghaiist
Menurut Shanghaiist, sekurang-kurangnya enam individu dilihat merangkak di belakang seorang lelaki yang memegang sepanduk memampangkan nama syarikat mereka sambil diperhatikan orang sekeliling.
Tindakan mereka itu kemudian dihentikan pihak berkuasa, manakala operasi syarikat terbabit digantung sementara.
Dilaporkan, pengurus syarikat berkenaan mendakwa mereka hanya mahu 'memberi semangat' kepada pekerja yang gagal mencapai sasaran jualan.
Seperti diketahui umum, ia bukan kali pertama pekerja di China dihukum sedemikian rupa sekiranya gagal mencapai sasaran jualan syarikat.
Ada syarikat dilaporkan memaksa pekerja menampar sesama sendiri selain dipaksa makan cacing hidup, makanan busuk, minum air tandas dan sebagainya jika sasaran jualan tidak dicapai.
Alamak, kena hukuman begini hanya kerana gagal capai sasaran jualan. Sanggupkah anda terus bekerja di syarikat yang mengenakan hukuman sebegini? Kalau penulis, tak sanggup! - CARI |