Sudah lama Anita Sarawak hilang dari radar dunia hiburan. Sampai sekarang tak ada maklumat yang sahih tentang apa yang berlaku terhadap penyanyi ini.
Pasti ramai yang rindukan senyuman dan aksi lincah Anita di pentas tapi sebenarnya ramai lagi yang belum mengetahui tentang kisah suka dukanya dalam percintaan.
Kredit foto: Google
Sumber dari Hangat.com menyatakan, Anita sudah berkahwin sebanyak tiga kali sebelum perkahwinan terakhirnya dengan Mahathir.
Suaminya yang pertama adalah Mohamed Abdul Samad,seorang pemuzik dari Singapura.
Mereka telah berkahwin pada 1972 namun bercerai selepas empat tahun. Ada yang mengatakan perkahwinan ini tidak berlandaskan cinta tapi semata-mata untuk memenuhi permintaan arwah ibunya.
Suami kedua adalah Broery Marantika.
Foto: Google
Selepas lima tahun menjanda, Anita berkahwin dengan penyanyi terkenal Indonesia itu pada tahun 1981. Bagaimanapun perkahwinan ini telah menimbullkan kontroversi kerana Broery masih lagi menganut agama Kristian ketika itu.
Kekecohan itu berakhir apabila Broery memeluk Islam di hadapan Mufti Singapura, Syed Al-Jufri di pejabat Majlis Agama Islam Singapura. Perkahwinannya bersama Broery hanya bertahan selama 4 tahun.
Suami ketiganya ialah James Dean Nicholas (JD).
Foto: Google
Anita membawa diri ke Amerika Syarikat dan mempertaruhkan nasib seninya di Caesar's Palace. Di situlah JD yang merupakan bekas penyanyi kumpulan Commodores telah mencuri hati Anita. Mereka berpisah selepas empat tahun.
Selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan, Anita berkahwin dengan pengurusnya Martin Cox, 47, atau nama Islamnya Mohamad Mahathir Abdullah.
Foto: Google
Perkahwinan dilangsungkan di sebuah masjid di Las Vegas pada Ogos 2001.
Sejak 2012, pasangan ini terus menghilang. Harap satu hari nanti akan ada penjelasan tentang semuanya. -CARI
Post time 18-1-2019 07:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jgn sbb ko sorang duk banding2 kan tokti ngn org lain pastu buat org lain benci tokti. Amenda la fans mcm ni. Sokong je la x yah nak banding2. X paham betul la