CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3272|Reply: 14

Disleksia Punca Anak Lembab Belajar, Ini 10 Tanda Anak Anda Menghidapinya

[Copy link]
Post time 23-1-2019 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Sesi persekolahan baru bagi tahun 2019 sudah hampir sebulan berlalu. Anak-anak kecil yang baru memulakan sesi persekolahan tampak begitu gembira dapat bersekolah dengan pakaian dan peralatan persekolahan baru.


Walau masih kecil dan hanya tahu bermain, datang ke sekolah untuk belajar merupakan tujuan utama mereka walaupun ada di antara mereka mengalami masalah pembelajaran yang lebih dikenali sebagai Disleksia.




Foto: Astro Gempak






Apa Itu Disleksia


Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku kepada kanak-kanak. Antara masalah dihadapi termasuk dalam menguasai tugasan sekolah yang diberikan walaupun telah berusaha melaksanakannya.


Perkara ini kerana perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.




Foto: Wanista.com




Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang, usia, jantina atau bangsa dan ada juga yang diturunkan daripada ibu bapa.


Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami masalah ini.




Jenis-Jenis Disleksia




Disleksia Visual (Penglihatan)


Kesukaran mengingat dan mengenal abjad. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar diterjemahkan. Selalunya, mereka melihat abjad dan perkataan secara terbalik.


Disleksia Auditori (Pendengaran)


Kesukaran mengingat bunyi abjad (fonologi), menganalisa bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi membunyikan perkataan.


Merka sukar membezakan percakapan yang dituturkan secara halus selain sukar membezakan bunyi vokal dengan kosonan.




Disleksia Visual-Auditori


Kesukaran utama dalam membaca disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.




Foto: Info Keluarga






10 Simpton Disleksia



1. Lambat Bercakap


Ketika kecil, mereka tidak suka menyanyi dan membunyikan fonem (unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata) atau rima (keselarasan bunyi pada perkataan atau pada suku kata terakhir dalam sesuatu rangkap).


Apabila meningkat usia, mereka kurang bercakap kerana sukar untuk menyebut sesuatu perkataan.




2. Selalu Tersasul


Apabila mereka cuba membunyikan suku kata, sering berlaku kesilapan. Contoh seperti perkataan kelapa dan kepala. Turut mengalami kesukaran untuk menyebut suku kata panjang seperti komputer dan universiti.




3. Cepat Lupa


Mereka juga mudah lupa apabila diberi arahan yang terlalu panjang.




4. Kesukaran Membaca


Mereka menghadapi kesukaran dalam mengenal abjed, warna dan nombor asas.




5. Cara Pegang Pensel Yang Pelik


Cara memegang pensel yang berbeza dari kanak-kanak normal. Ada yang menggenggam pensel terlalu kuat dan ada yang terpaksa melihat hujung pensel terlalu dekat.


Tulisan mereka juga agak buruk dan mereka tidak cekap dari segi kemahiran seperti mengikat tali kasut, menendang bola atau mengasingkan warna dan bentuk.




6. Keliru Dengan Abjad Dan Nombor


Mereka mudah keliru dengan huruf dan nombor yang hampir sama seperti 'b' dan 'd' ataupun nombor '6' dan '9'.




7. Sukar Mencari Arah


Mereka juga keliru dengan arah kiri dan kanan.




8. Kurang Memahami Konsep Masa


Sukar bagi mereka untuk mengingat sesuatu mengikut turutan seperti huruf A hingga Z, bulan Januari hingga Disember dan turutan hari Isnin hingga Ahad.




9. Sentiasa Mengelak Daripada Belajar


Mudah rasa penat kerana terpaksa menggunakan tumpuan dan tenaga yang tinggi, tetapi masih sukar memahami sesatu perkara melalui teks.




10. Berbakat Dalam Bidang Artistik dan Seni


Jangan terkejut jika kanak-kanak Disleksia ini mempunyai IQ yang tinggi berbanding kanak-kanak biasa. Mereka lebih berminat dengan aktiviti hands-on dan lebih mudah mengaitkan sesuatu dengan gambar, lukisan atau lisan berbanding teks.


Mereka juga turut dianggap hiperaktif.  Ini yang selalunya paling digeruni ibu bapa!




Foto: Trisula Magazine





Langkah Membantu Anak Disleksia




1. Tingkatkan potensi pembelajaran anak melalui terapi pertuturan, latihan pendengaran dengan bantuan komputer dan menggunakan deria lain semasa pembelajaran seperti deria sentuh.


2. Bantu menguasai maklumat secara beransur-ansur.


3. Konsep pengulangan semasa berlajar.


4. Penggunaan video untuk belajar.




Bagi ibu bapa yang mempunyai anak Disleksia, pelbagai maklumat dan program pemulihan di beberapa sekolah khusus untuk Disleksia disediakan.


Anda juga boleh berhubung dengan Persatuan Dyslexia Malaysia berkaitan perkara ini. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Berpengalaman dengan kawan dan jiran yang mempunyai anak bermasalah diklesia ni. Masa zaman 90 an, masih ramai yang belum terdedah dengan masalah ni. Tapi, sebab saya sering ke hospital kerana anak saya selalu appointment dengan pakar kanak-kanak ( anak saya lahir pra matang dengan masalah paru-paru yang belum matang ), jadi saya terdedah dengan kempen disklesia ini. Bila saya cuba beritahu kawan dan jiran tersebut...masa tu anak masing-masing dah berumur 6 tahun, mereka susah nak terima hakikat tu. Masing-masing tak mahu menerima kelemahan anak mereka.......bila anak-anak mereka dah berumur 10 tahun dan masih tidak dapat membaca dan menulis seperti sepatutnya,baru mereka sedar. Tapi, sudah agak terlambat,anak mereka sudah tertinggalan jauh. Jadi, motif of the story....jangan ambil mudah bila ada orang menegur. Mungkin,mereka bukan doktor....kalau sangsi dengan teguran mereka, bawalah anak kalian pada yang pakar. Bukan terus menidakkan kepekaan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:20 PM | Show all posts
Syajati replied at 23-1-2019 04:20 PM
Berpengalaman dengan kawan dan jiran yang mempunyai anak bermasalah diklesia ni. Masa zaman 90 an, m ...

betul. good sharing.

kita perlu share info seperti ini supaya semua org lebih faham dan lebih terbuka untuk mengenal tingkah laku dan perkembangan anak2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2019 12:06 PM | Show all posts
Syajati replied at 23-1-2019 04:20 PM
Berpengalaman dengan kawan dan jiran yang mempunyai anak bermasalah diklesia ni. Masa zaman 90 an, m ...

Betul tu. Kita hanya boleh maklum sahaja. Tindakan semua tu atas ibubapa kanak-kanak tu sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2019 12:07 PM | Show all posts
polluxsstar replied at 23-1-2019 05:20 PM
betul. good sharing.

kita perlu share info seperti ini supaya semua org lebih faham dan lebih t ...

Terima kasih. Mohon di share utk kebaikan bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak
Anak i ada la ciri2 tu
Huruf b d , no 3 2 6 tulis terbalik mcm mirror image tu
Byk gak ciri2 dlm artikel
Tapi ok je setakat ni

Kiri kanan pun dia konpius
Xtaula betul2 atau saja nk buat i marah
Kadang2 saja je nak tgk i marah pstu tiba2 boleh plak elok2 baca menulis bagai

Bab artistik seni tu betul sgt
X payah ajar
Tgk youtube je dah pandai

Takpelah
Tak harap apa sgt pun

I kata kt anak kalau tak pandai sgt belajar pun boleh keje
Asalkan x jahat mencuri merompak je

Hmm

Kesian jugak
Dahla xleh warisi sesen pun harta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 27-1-2019 11:00 PM
Alamak
Anak i ada la ciri2 tu
Huruf b d , no 3 2 6 tulis terbalik mcm mirror image tu

Knp tak blh warisi harta?...
Sbb anak angkat?....
Klu aku jd kau....aku bg je apa yg aku nk bg utk dia teruskn hidup bila aku dah tak de.....dari kau tinggalkn utk adik beradik....

Ank angkat pun mcm ank sendiri....doa ank angkat pun diterima Allah.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Syajati replied at 23-1-2019 04:20 PM
Berpengalaman dengan kawan dan jiran yang mempunyai anak bermasalah diklesia ni. Masa zaman 90 an, m ...

Habis tu...apa kesudahannya budak tu...
Klu umor 10thn gi terapi , tak mbantu ke?....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 09:37 AM | Show all posts
Anak i pun ada masalah diatas

Speech delay

Skrg nak kena pergi hospital utk rujukan & pusat kebajikan untuk mudahkan urusan dia masa sekolah nanti

Sbb sekolah rendah dia tak boleh campur mcm budak lain, mesti masuk kelas pendidikan khas

Kesian tengok dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 28-1-2019 09:12 AM
Habis tu...apa kesudahannya budak tu...
Klu umor 10thn gi terapi , tak mbantu ke?....

Sebenarnya, masa darjah 2 tu... guru kelas dah detect masalah pembelajaran mereka. Sebab mereka masih tak dapat membaca dan tak dapat menulis dengan betul. Tapi, masa cikgu consult ibubapa mereka, ibubapa masih mahu anak mereka mencuba di kelas biasa. Tapi, jiran saya tu ada inisiatif lain... cari guru tuition. Guru tuition tu guru yang ajar kelas pendidikan khas. Tapi, kawan saya tu agak lambat bertindak. Masa anak dah umur 10 tahun, baru dapat terima kenyataan. Tapi, masih tak mahu anak dia diasingkan ke kelas pemulihan. Terus belajar bersama kanak -kanak lain. Keputusan exam memang selalu teruk. Lepas spm, anak dia dihantar ke kolej swasta... Belajar kemahiran.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 28-1-2019 09:37 AM
Anak i pun ada masalah diatas

Speech delay

Jangan sedih....
Bagus cikgu dapat detect awal.
Masih ada peluang untuk memulihkan anak tu.
Sebab anak jiran tu, lepas tuition dengan guru pendidikan khas, ada kemajuan dalam pelajaran.
Sekurang -kurang, mereka dapat membaca dan menulis dengan baik..
Proses pelajaran mungkin agak slow tapi masih dapat bersaing dengan kanak -kanak lain...
Anak jiran saya tu mahir memasak....
Sekarang, dia jual kek .....
Selalunya, kanak -kanak Dileksian ni istimewa dalam bidang yang dia bole kuasai.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 12:14 PM | Show all posts
clarizsa replied at 27-1-2019 11:00 PM
Alamak
Anak i ada la ciri2 tu
Huruf b d , no 3 2 6 tulis terbalik mcm mirror image tu

hurmmm...my doter pun sama, b and d sampai la ni dok tanya, but she can readlah..umur 5 nak masuk 6 this year
6 and 9 takde pulak dia confused

kiri and kanan yes, kalau pakai kasut berapa kali la tanya ni left ke right
and she likes colorings, lukis tak pandai, sumpah kelakar

dia bercakap agak lambat, umur 3 tahun stengah baru nak lancar, tapi i dont mind rasanya dia ni late bloomer and anak sulung plus i tak kerja time tu sampai umur dia 2 tahun baru la dia dok ngan babysitter and mix ngan budak2 lain

kena google lagi ni apa lain2 symptoms

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 02:17 PM | Show all posts
bekas juara Dewi Remaja haneesya hanee tu disleksia jugak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 07:21 AM | Show all posts
Syajati replied at 28-1-2019 10:49 AM
Jangan sedih....
Bagus cikgu dapat detect awal.
Masih ada peluang untuk memulihkan anak tu.

Betul..anak2 disleksia nie muka dia sama je macam budak normal yg lain
Mcm anak sy dia hyper active, lagi kalau dia makan chocolate ke, habis dia melompat-lompat
Tengok dia mcm cenderung bidang seni lukis..
Dia suka melukis mewarna..
Harap dah besar nanti dia okay..


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 07:22 AM | Show all posts
chinta89 replied at 28-1-2019 02:17 PM
bekas juara Dewi Remaja haneesya hanee tu disleksia jugak kan?

Haah,dia kata dia masa sekolah dulu masuk kelas khas kan?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.062404 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list