Sumber Foto : Dailymail.uk
Abigail Thompson, pakar kecantikan di Yorkshire Barat ini telah kehilangan cincin hari jadinya ketika berusia lapan tahun. Dia menyangka cincin tersebut telah dicuri bagaimanapun terkejut apabila cincin itu ditemui setelah terkeluar selepas bersin 12 tahun kemudian.
"Ibu saya membelikan saya hadiah ini sempena ulang tahun kelahiran dan beberapa bulan kemudian, saya menyedari ia telah hilang.Saya tidak pernah terfikir bahawa cincin itu tersumbat di dalam hidung saya," katanya.
Menurutnya, tiada keganjilan berlaku selama dia membesar dan juga sewaktu cincin itu dibersin keluar. Pernafasannya selama ini juga tidak menunjukkan sebarang tanda terdapat sesuatu tersumbat di dalam hidungnya.
Memetik beberapa sumber seperti Metro.co.uk, TheSun.uk, Dailymail.uk, walaupun lebih sedekad cincin itu berada di dalam hidungnya, ia masih dalam keadaan baik. Cincin itu dikatakan berkarat sedikit, tapi berliannya masih ada.
Sumber foto : thesun.uk
Dr Naveen Cavale, konsultan pembedahan plastik di Real Plastic Surgery berkata, perkara ini sebenarnya amatlah biasa berlaku. Dia turut menambah bahawa kanak-kanak adakalanya mempunyai manik dan mainan kecil tersumbat di dalam hidung mereka.
Macam agak mustahil dia tidak merasakan ada objek asing di dalam hidungnya. Anda pernah mengalami nasib sama seperti wanita ini? - CARI |