CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2174|Reply: 8

Anak Monyet Klon Berpenyakit Mental, Saintis China Dikritik Hebat

[Copy link]
Post time 29-1-2019 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Tidak dinafikan teknologi pengklonan adalah sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan seekor haiwan yang telah mati boleh diklon semula menggunakan genetik haiwan berkenaan.

Namun begitu, jika tidak dikawal, teknologi ini boleh juga membinasakan kita dan mengganggu keseimbangan ekosistem.


Di Hong Kong, sekumpulan penyelidik China telah menghasilkan lima ekor anak monyet yang lahir daripada teknologi klon. Apa yang lebih mengejutkan ialah, kandungan genetik monyet-monyet itu telah diubah supaya ia mempunyai penyakit mental.



Kredit foto: todayonline.com



Kumpulan penyelidik dari Chinese Academy of Sciences itu menggunakan alat pengubah genetik yang dikenali sebagai CRISPR atau Cas9 untuk menyingkirkan gen BMAL1 dari embrio sihat.


Tanpa gen BMAL1, jam biologi haiwan akan terganggu. Ekoran itu, akan timbul berbagai penyakit, masalah gangguan tidur, hiperaktif waktu malam, penyakit hormon,  depresi dan skizofrenia.


Kesemua monyet dilahirkan dengan gen yang sama, termasuklah mutasi pada gen.


Buat masa kini, China adalah satu-satunya negara yang memiliki teknologi untuk mengklon primat (mamalia).


Penggunaan monyet klon akan membolehkan penyelidik menggunakan dos dadah ubat yang sama dan memperolehi keputusan yang tepat apabila eksperimen dijalankan.


Menurut penyelidik China berkenaan, ia adalah lebih baik berbanding menggunakan sejumlah haiwan eksperimen yang sihat kerana kesan dadah ubat terhadap setiap haiwan adalah berbeza. Justeru, sukar untuk mendapatkan keputusan yang konsisten.


Dengan penciptaan monyet klon yang berpenyakit ini juga, ia secara tidak langsung akan mengurangkan jumlah spesies monyet atau beruk yang digunakan dalam eksperimen bio-medik di seluruh dunia.


Tambahan lagi, dengan penghasilan primat yang mempunyai masalah jam biologi badan, rawatan untuk pelbagai penyakit seperti masalah tidur, diabetes, dan kanser yang melanda manusia akan dapat dihasilkan.


Walau bagaimanapun, penghasilan monyet klon yang dimutasikan dengan sengaja ini, mendapat kritikan hebat kerana isu moral dan etika penganiayaan terhadap haiwan.


Apa pendapat anda? Patutkah ia diteruskan demi penyelidikan? -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila la saintis2 ni.. Dorg rasa dorg lg hebat dari tuhan ke? Dan apa yg dorg dpt melalui kajian yg dorg jalankan ni? Mcm tak beri faedah dan manfaat pon utk alam sejagat
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear: Gila la saintis2 ni.. Dorg rasa dorg lg hebat dari tuhan ke? Dan apa yg dorg dpt melalui kajian yg dorg jalankan ni? Mcm tak beri faedah dan manfaat p ...


Klon ni berguna kalau dorg pakai utk selamatkan spesis haiwan yg hampir pupus.. Mcm certain haiwan yg tinggal sekor je xdpt nk biak kan lagi so bole la guna teknik klon ni.

Tp klu dorg buat klon manusia utk tujuan kepentingan sndiri susahla  .. Kucar kacir masyarakat nnt.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 03:59 PM | Show all posts
R.I.P Dolly...  
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 04:47 PM | Show all posts
perbuatan ibliss
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 05:07 PM | Show all posts
amarika patut bom terus je makmal tersebut...  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2019 05:35 PM | Show all posts
saintis2 dah berjaya menghasilkan saudara2 kepada etis iaitu 5 ekoq beruk beradik....abangberukz aka abangbikerz tokoh etis sejati pasti happy..wakakakkakaakakakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
azwanaliori replied at 29-1-2019 03:13 PM
Klon ni berguna kalau dorg pakai utk selamatkan spesis haiwan yg hampir pupus.. Mcm certain haiw ...

Kalau nak klon manusia jgn klon bangsa2 iq rendah seperti melayu, negro, org asli, keling dan arab.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Insane.isenine..kesian binatang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.087288 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list