View: 3666|Reply: 29
|
Maut Dihentam Dengan Cangkul Kerana 'Jasa' Hubungan Sejenis Tak Dibayar
[Copy link]
|
|
Seorang pengusaha kerepek pisang di Mempawah, Kalimantan Barat maut dibunuh dengan cangkul oleh seorang pelajar, pada awal pagi Isnin, lapor Tribun News.
Sehubungan itu, polis menahan remaja lelaki berusia 17 tahun pada Selasa.
Kredit foto: Tribun News
Hasil siasatan, motif pembunuhan itu dipercayai didorong perasaan tidak puas hati kerana mangsa, Haryanto, 40, tidak menunaikan janji untuk membayar 500,000 rupiah (RM145) kepada suspek selepas melakukan hubungan seksual sejenis.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang sudah lama mengenali suspek menawarkan remaja terbabit pekerjaan membuat kerepek pisang menerusi Facebook kerana mendapat pesanan yang banyak.
Suspek sempat bekerja selama empat hari dengan upah sebanyak 15,000 rupiah (RM4) bagi setiap kilogram kerepek pisang dihasilkannya.
Bagaimanapun, pada malam Ahad, mangsa mengajak suspek melakukan hubungan seksual dan menjanjikannya bayaran.
Namun, selepas melakukan hubungan terlarang itu, mangsa terus tidur tanpa memberi bayaran kepada remaja terbabit.
Menurut jurucakap polis, Alik R Rosyad berkata, suspek yang berang kerana perlu pulang ke Pontianak pada malam itu kemudian mengambil cangkul dan menghentam kepala mangsa yang sedang tidur.
Kredit foto: Detik News
Suspek dikatakan menghentam kepala mangsa dengan cangkul itu beberapa kali hingga tempurung kepalanya retak.
Selepas membunuh lelaki itu, suspek melarikan diri ke Pontianak bersama beberapa barang milik mangsa.
Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala dipercayai akibat hentaman objek tajam.
Mayat mangsa ditemukan pekerjanya pada keesokan pagi sebelum memulakan rutin kerja mengupas pisang.
Mangsa dikatakan sudah lama bercerai dan memiliki seorang anak yang tinggal bersama bekas isterinya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
indon dan cangkul dan seks berpishah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
Apa la nak jadi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak ambik barang tu dulu lepas tu blah je masa mangsa tengah tido dik oi |
|
|
|
|
|
|
|
kesian plk budak tu dpt upah rm4 ja..betapa sempitnya hidup budak2 d seberang ni ya..syukur la d malaysia upah tinggi apa lg partime..nmpk sgt budak ni mmg perlu duit x pasal2 jd pembunuh plk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaw marah sgt ker kna juburi ngan jantan tak guna tue?? Hmm, patut kaw kutip smua barang2 celaka tue dan blah jer diam2. |
|
|
|
|
|
|
|
kejut je la suruh bayar..
dah bontot tergadai, kena masuk penjara pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
jual bontot kt penjara plk lps nie |
|
|
|
|
|
|
|
cangkul berasal dari indon |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknyalah sbb dah main budak bawah umo. |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk penjara lg lohong la bontot kau n ofcoz free dek |
|
|
|
|
|
|
|
kan dia tertido kepenatan
apa dicangkul pulak kepala kawan tu?
tunggu la kejap sejam dua
habis madu sepah dibuang
habis calat kepala dicangkul
sampai hati
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia tgh tido kan tu, ko sabar la sikit. Nnt dia bangun ko mintak la upah ko. Ni pegi kokak kepala dia, mmg penjaralah tmpt kau |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
| |
|