Michael Jackson sememangnya seorang bintang yang cukup tersohor di persada dunia. Sepanjang hidupnya, Michael dibanjiri peminat yang menjadikan Michael idola pujaan mereka.
Kredit foto: Google
Ekoran itu, lahirlah insan-insan yang cuba meniru idola kesayangan mereka dari segi gaya pemakaian dan tarian moonwalk Michael Jackson yang popular. Namun, ada juga yang ekstrem hingga ke tahap sanggup mengubah wajah untuk menjadi seperti Michael.
Antaranya ialah Leo Blanco, lelaki berusia 22 tahun dari Buenos Aires, Argentina. Leo telah menjalani lebih dari 11 pembedahan semata-mata untuk kelihatan seperti idola kesayangannya itu.
Kredit foto: Instagram Leo Blanco
Dia telah menghabiskan wang sejumlah ASD30,000 (RM122,640) untuk kesemua pembedahannya. Bagi Leo, walaupun banyak wang dihabiskan untuk tujuan itu, ianya berbaloi kerana Michael adalah idolanya.
Kredit foto: Instagram Leo Blanco
Akan tetapi, Leo masih lagi belum berpuas hati dengan penampilannya sekarang dan menyatakan hasrat ingin melakukan lebih banyak pembedahan di masa akan datang. Leo akui, sesiapa sahaja yang menjalani pembedahan plastik akan menjadi ketagih untuk melakukannya lagi.
Kredit foto: Instagram Leo Blanco
Ibu Leo, Adriana Caruso, meluahkan kebimbangan terhadap anaknya yang semakin lama semakin obses. Adriana risau sekiranya Leo meninggal dunia ketika menjalani pembedahan.
Kredit foto: Instagram Leo Blanco
Dahulu, Leo pernah rasa dipinggirkan ketika zaman persekolahannya. Kini, Leo rasa lebih disayangi dan hidupnya lebih bermakna di samping peminat.
Kredit foto: Instagram Leo Blanco
Kredit foto: Instagram Leo Blanco
Leo meminati Michael Jackson semenjak kecil lagi. Justeru, dia nekad untuk terus mengabadikan Michael Jackson dalam dirinya. Ikuti kisah Leo Blanco menerusi video ini. - CARI
|