Apabila semua orang boleh melontarkan pandangan masing-masing dengan bebas, maka ramai yang merasakan ia satu lesen untuk menulis apa sahaja biar pun ia mengguris perasaan orang lain. Antara yang menjadi mangsa kecaman atau siber buli pastinya artis yang penampilan mereka sentiasa boleh diakses menerusi media sosial.
Terbaharu, kita dikejutkan dengan komen tidak matang atau menghina penampilan artis oleh segelintir netizen di Facebook. Pelbagai kata yang tidak elok diungkapkan oleh segelintir golongan ini malahan boleh dikatakan banyak komen lucah yang bertujuan menghina. Amat memalukan apabila yang memberi komen ini adalah orang Melayu yang jati dirinya adalah sopan santun dan lemah lembut kala berbicara. Melayu sekarang memang tak tahu malu?
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Mungkin ada yang menganggap komen pada busana yang dipakai Wany Hasrita boleh diterima kerana tiada unsur-unsur keterlaluan (kecuali komen bulu ketiak), namun bagaimana pula dengan komen terhadap 3 artis lain iaitu Ismail Izani, Zizi Kirana dan Chacha Maembong? Adakah ia juga dikategorikan sebagai bergurau?
Kredit foto: Twitter
Malaysia kini didiami oleh kebanyakan netizen yang merasakan mereka boleh menghakimi orang lain berdasarkan penampilan mereka semata-mata. Kononnya dengan iniasiatif mahu memberi teguran tetapi penuh dengan kata cercaan. Ataupun sekadar bergurau tetapi dengan perkataan yang sangat meloyakan. Malahan apabila dinyatakan perbuatan itu salah, mereka akan menyalahkan pemberi teguran itu pula kerana menegakkan maksiat.
Kredit foto: Twitter
Dengan teguran sarkastik kepada artis, adakah ia disampaikan dengan penuh hemah hingga ia memberikan impak positif kepada orang sekeliling? Atau adakah ia sebenarnya menjauhkan lagi golongan yang ditegur dengan nilai-nilai murni?
Kredit foto: Twitter
Apabila menghakimi dijadikan budaya global, ia membuatkan ramai yang berasa berhak memberi pandangan. Ada yang menyatakan Facebook bertoksik kerana komen-komen yang ditinggalkan. Bukanlah bermakna mahu menyanjung artis atau menjadikan mereka role model, tetapi perbuatan menegur dengan mencerca seperti menyamakan artis dengan pelacur adalah tindakan keterlaluan!
Kredit foto: Carian Internet
Orang Melayu sejak dahulunya terkenal dengan bangsa penuh adab dan lemah lembut. Jika tidak masakan ada pepatah mengatakan 'Biar mati anak, Jangan mati adat.' Namun adakah ianya bakal berakhir dengan generasi terlampau masa kini? - CARI
|