Setiap kali pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri, pasti seluruh rakyat Malaysia akan menunggu pengumuman di televisyen dari Penyimpan Mohor Raja-Raja.
Wajah tersebut dikenali seluruh rakyat Malaysia kerana sinonim dengan pengumuman tarikh-tarikh penting.
Sumber Gambar: Limau Manis
Semasa upacara mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang berlangsung di Balairung Seri, Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad tiba-tiba terlupa nama Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Ketika itu, Tan Sri Syed Danial sedang membacakan nama-nama saksi dan ketika mahu menyebut nama Raja Perlis, beliau terlupa dan terus menggantikan nama Baginda dengan "Raja Perlis".
Sumber Gambar: Kosmo Online
Dengan tenang dan berani, Tan Sri Syed Danial memohon ampun kepada Raja Perlis kerana terlupa nama Baginda. Kejadian itu mendapat perhatian rakyat Malaysia yang memuji tindakan beliau memohon ampun selepas upacara itu.
Foto: FB
"atik mohon ampun dan dirgahayu Majlis Raja-Raja tuanku."
Respek dengan Tan Sri Syed Danial! - CARI
|