Sebelum ini, Suhaimi Saad menggemparkan masyarakat apabila bertegas tidak mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah, sebaliknya akan menggunakan teknik home schooling.
Kredit foto: FB Suhaimi Saad
Selepas dikecam bertubi-tubi, Suhaimi menegaskan dia mempunyai sebab tersendiri untuk mengambil langkah itu.
Jika benar tujuannya sekadar mahu perhatian orang ramai tertumpu padanya, dia sudah berjaya.
Malah, beberapa kemas kini terbaru di Facebooknya turut mencetuskan provokasi, lebih-lebih lagi apabila mendakwa matahari dan bulan sama saiznya.
Kredit foto: FB Suhaimi Saad
Perkara ini turut mendapat perhatian seorang pengguna FB berkelulusan doktor yang mengecam tindakannya itu.
Menurut Dr Rusyainie Ramli, cara Suhaimi mendidik boleh menyebabkan anak-anak yang masih naif terpesong ilmunya.
Tambahnya, dia tidak dapat menerima akal fikiran bekas anggota kumpulan nasyid Inteam itu yang tidak mahu menghantar anak ke sekolah sedangkan ramai lagi ibu bapa dengan latar belakang bagus tidak pernah terfikir untuk mengabaikan pelajaran anak-anak.
Kredit foto: Dr Rusyainie Ramli
Akhir kata, Dr Rusyainie berdoa agar Suhaimi diberi hidayah demi anak-anaknya yang tidak berdosa.
Ramai netizen lain turut berkongsi kegusaran mereka berhubung isu ini selain bersimpati dengan nasib anak-anaknya itu.
Kredit foto: FB Suhaimi Saad
Sementara itu, Suhaimi menerusi salah satu kemas kininya mendakwa dirinya mempunyai persamaan dengan dua ulama ini yang dikatakan ditertawakan kerana berhujah mengenai isu bulan dan matahari.
Kredit foto: FB Suhaimi Saad
Selepas satu, satu kekecohan ditimbulkannya. Kalau betul berzuhud, mengapa laman sosial dipenuhkan dengan gambar swafoto? - CARI |