Dato Aliff Syukri mengatakan yang dia akan menghadiahkan wang tunai berjumlah 5 juta kepada isterinya, Datin Shahida sekiranya dia melahirkan dua orang lagi cahaya mata perempuan untuknya. Wah, bertuahnya badan!
Kenyataan itu dimuat naik oleh ibunya sendiri di akaun Instagram milik pengasas produk kecantikan, Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Bonda.
Foto : Instagram Rozita Ibrahim
Bonda memuat naik video kemeriahan suasana keluarga mereka semasa berkumpul di rumah sewa milik mereka beberapa jam yang lepas.
Bonda secara berseloroh menambah yang dia mengharapkan cucu lagi hasil daripada perkahwinan Aliff, namun anak ketiganya itu gagal dipersimpangan.
Rata-rata ramai terhibur dengan gelagat keluarga bonda kerana sentiasa gembira dan menyakat sesama sendiri.
Foto : Instagram Rozita Ibrahim
Mungkin Aliff Syukri sekadar bergurau namun sekiranya betul pun, apa salahnya kan? Tidak salah untuk memberi penghargaan kepada isteri yang telah banyak berkorban untuk mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak. Semoga rezeki Aliff sekeluarga semakin bertambah. -CARI
|