CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2536|Reply: 9

Pekerja Restoran Sushi Terkenal Kutip Ikan Mentah Dari Tong Sampah Untuk Buat Su

[Copy link]
Post time 11-2-2019 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Jepun memang terkenal dengan tahap kebersihannya. Bayangkan, air longkang di negara itu terlalu jernih hinggakan kita boleh melihat ikan berenang-renang di dalamnya. Tetapi, adakah semua bangsa Jepun pembersih?




Kredit foto: eggdonation




Terkini, gempar di negara itu apabila pekerja sebuah restoran sushi terkenal yang mempunyai 400 cawangan di Jepun, Kura Sushi membuat onar.




Kredit foto: nextshark




Apa yang mencetuskan kontroversi adalah pekerja di salah sebuah rangkaian Kura Sushi didapati mencampakkan hirisan ikan ke dalam tong sampah dan mengutipnya semula untuk dihidangkan.


Kredit foto: nextshark




Ia bermula dengan video yang dimuat naik salah seorang pekerja yang merupakan rakan kepada si pelaku itu sendiri. Perakam hanya tertawa sahaja apabila menyaksikan tindakan individu berkenaan menghiris ikan, lalu mencampakkan ke dalam tong sampah sebelum mengutipnya kembali.









Kredit foto: nextshark




Video tersebut kemudian tular di Twitter negara itu dan ramai menyelar tindakan pekerja restoran berkenaan yang didapati jijik dan kotor. Ada juga yang mengatakan video tersebut palsu dan hanya gurauan semata-mata.







Bagaimanapun, pihak Kura Sushi telah mengesahkan kesahihan video tersebut. Menurut pihaknya, insiden itu melibatkan seorang pekerja sambilan di salah sebuah cawangannya dan pekerja tersebut telah dikenal pasti serta dikenakan tindakan.


Kura Sushi juga meyakinkan orang awam bahawa ikan di dalam video tersebut tidak dihidangkan kepada pelanggan.


Namun, orang awam tetap memberi reaksi negatif terhadap isu berkenaan dan ada yang bertindak mahu memboikot mana-mana cawangan restoran Kura Sushi kerana risau perkara sama berulang lagi.


Jijik dan kotor! Mana-mana restoran juga mempunyai risiko sama. Semoga penyelia restoran dapat sentiasa memantau tingkah laku pekerja supaya perkara sebegini tidak akan berlaku. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg la staff baru tp xde briefing ke tentang etika kerja? Japanese ni jgn buat main. Sekali image dah tercalar, ssh diorg nak percaya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:26 PM | Show all posts
Euwww sebab tu selalu orang kata kalau tengok cara disediakan atau keadaan sesetengah dapur kedai mesti tak lalu nak makan punya
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada jugak Jepun pelik pelik
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:58 PM | Show all posts
ewwwwwwwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:02 PM | Show all posts

sampah jadi makanan = cef hebat, makanan jadi sampah = cef tak hebat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewws. Naseb la xminat shushi{:cryrun{:hero
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewws. Naseb la xminat shushi{:cryrun{:hero
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2019 03:33 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 11-2-2019 12:26 PM
Euwww sebab tu selalu orang kata kalau tengok cara disediakan atau keadaan sesetengah dapur kedai me ...

satu lagi dapur hotel.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 04:10 PM | Show all posts
bertabahlah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.097921 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list