|
Wanita berusia 31 tahun berdepan detik cemas apabila diculik teman lelaki kerana enggan tinggal bersama.
Gambar Hiasan
Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari Jumaat lalu di Sungai Chua, Kajang, di mana dia diculik suspek menaiki kereta Proton Iswara.
Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan kejadian berkata, insiden berkenaan disaksikan bapa mangsa.
Berdasarkan siasatan awal, teman lelaki yang juga dipercayai majikan mangsa mengajak wanita itu pulang untuk bekerja di Muar, Johor, namun ditolak mangsa kerana mendakwa suspek tidak membayar gajinya.
Menurut bapa mangsa, wanita itu telah bekerja dengan suspek hampir setahun lepas dengan mengusahakan kebun sayur.
Hasil risikan, polis kemudian menahan lelaki berusia 43 tahun dan menyelamatkan mangsa di rumah suspek di Taman Serom 6, Tangkak, Johor, semalam.
Selain itu, mangsa juga mendakwa dipukul beberapa kali sepanjang perjalanan ke Johor.
Tambah Ahmad Dzaffir, keengganan teman wanitanya kembali tinggal bersama di Johor mendorong suspek menculik mangsa.
Difahamkan, suspek direman hingga Rabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|