Seorang wanita yang berkunjung ke kawasan rehat dan rawat (R&R) terkejut apabila mendapati seorang wanita lain sedang memandikan seekor anak anjing di bilik salin lampin.
Video berdurasi 16 saat itu dimuat naik di laman sosial oleh wanita yang dikenali sebagai Farah Shafiza Che Amat, 29 itu dengan kapsyen,
"R&R Tapah.. Toilet wanita.. boleh nampak kat situ BILIK LAMPIN ‼️ bukan rakam saja.Dah tegur dah sound.Even cleaner tu pun dah halang dari awal. so stupid la."
mStar Online melaporkan, dia sudah menegur wanita berkenaan.
"Dah tegur beberapa kali tapi tak dipedulikan. Tak kisah haiwan apa sekali pun, tetapi setiap pengguna R&R perlu menghormati pengunjung lain dan menjaga kebersihan.
"Kalau betul terdesak nak mandikan atau haiwan kotor mahu pun membuang najis, boleh saja menggunakan air botol minuman di kawasan lebih sesuai sebagai alternatif.
Foto: mStar Online
Farah yang juga seorang ibu kepada dua anak berang dengan tindakan wanita tersebut memandangkan kedua-dua anaknya masih memakai lampin.
"Kanak-kanak kecil kulitnya sensitif, jadi mereka mudah terdedah kepada alahan dan jangkitan bakteria.
Proses menyamak, Foto: mStar Online
Susulan itu Farah telah membuat laporan kepada pusat khidmat pelanggan PLUS Malaysia Berhad.
Proses menyamak telah dijalankan pada bilik tukar lampin tersebut. -CARI |