Perak FA berjaya menumpaskan Kitchee SC dari Hong Kong dalam set penentuan sepakan penalti setelah diheret ke masa tambahan dan kini tinggal selangkah lagi untuk layak ke AFC Asian Champions League.
Sumber Gambar: Twitter @peraktbgmy
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh itu menyaksikan pasukan Perak mendahului satu gol apabila Wander Luiz menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-14.
Namun, Kitchee SC Berjaya menyamakan kedudukan di minit akhir perlawanan apabila Lee Yi Kai bijak mencari peluang untuk mengikat keputusan.
Sumber Gambar: Twitter @peraktbgmy
Perlawan akhirnya diheret ke masa tambahan dan keputusan masih sama. Penjaga gawang Perak, Hafizul Hakim menjadi hero perlawanan apabila berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti pihak lawan.
Hafizul turut diangkat sebagai hero perlawan sehinggakan ada peminat yang membuat meme beliau sebagai seorang hero.
Sumber Gambar: Twitter @strashah
Selepas ini, Perak akan ke pusingan akhir kelayakan ACL bertemu dengan Ulsan Hyundai. Perlawanan tersebut akan diadakan di Ulsan, Korea Selatan.
Jika berjaya menang, Perak akan mencipta sejarah apabila layak ke ACL! Selamat maju jaya buat Perak FA! - CARI |