Entah apa yang berada di fikiran sesetengah orang apabila menggunakan produk sewenang-wenangnya tanpa ada inisiatif membeli, dengan alasan tiada 'tester'. Lebih memalukan apabila ia dimuat naik oleh adik Neelofa, Little Miss Khan di IG Storynya dengan tiada rasa bersalah pun. Video berdurasi 7 saat itu mencetuskan kemarahan netizen kerana didakwa menyalahgunakan harta pasar raya sekaligus menyusahkan pembeli seterusnya.
Setelah menyembur beberapa kali, pelaku juga mengeluarkan kata-kata mencarut kemudiannya meletakkan kembali di tempat asalnya sambil bergelak tawa dengan adik Neelofa. Perangai buruk tersebut membuatkan ramai netizen menyampah kerana mereka bukannya mahu membeli barangan tersebut tetapi sekadar mahu bersuka ria sahaja.
Jika mereka memberi alasan tiada 'tester', bukan itu caranya. Mereka boleh merujuk laman sesawang produk tersebut terlebih dahulu untuk mengetahuinya atau bertanya pada pekerja di kedai, bukannya menggunakan produk yang dipamer lalu menggunakannya.
Kredit foto: IG
Perbuatan tersebut menjelaskan lagi perangai orang-orang kaya yang sebenarnya. Lalu bila dimuat naik di media sosial, ia menjadi perhatian dan mereka sekali lagi menjadi tumpuan. Kenapa perlu jadi bodoh untuk popular?
Kredit foto: Twitter
"Tak rasa berdosa ke guna tapi tak bayar. Nanti orang lain beli pulak."
Rata-rata netizen berpendapat bahawa Little Miss Khan dan rakan atau saudaranya itu perlu membayar harga produk tersebut dan bukannya meletakkan kembali barangan itu. Malahan perbuatan tersebut dianggap seperti mencuri atau vandalisme dan perlu dilabelkan dibawah jenayah kecil kerana menggunakan barangan tanpa izin tuannya.
Oleh sebab itu, ada netizen yang memberi kewajaran bahawa mereka membeli barangan yang berada di belakang produk yang dipamer, kerana produk yang berada di hadapan biasanya telah digunakan oleh individu tidak bertanggung jawab.
Kredit foto: IG
Perbuatan yang mementingkan diri sendiri ini secara tidak langsung mencemarkan nama Neelofa sebagai kakak. Tidak seharusnya Miss Khan melakukan perbuatan sebegitu dan hanya menyusahkan banyak pihak kerana perbuatannya tersebut. Adakah mereka merasakannya ia sekadar keseronokan semata-mata tanpa mengambil kira implikasinya? - CARI
|