CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1780|Reply: 8

PRK Semenyih: Papagomo Vs Syed Saddiq

[Copy link]
Post time 22-2-2019 12:42 PM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto : Kosmo



Panas memang panas PRK Dun Semenyih ini, di hari penamaan calon lagi sudah ada kontroversi yang mengegarkan satu Malaysia. Apa tidaknya, pertama kali dalam sejarah PRK,  Menteri diserang dan dihemburkan kata-kata kesat oleh penyokong parti pembangkang.


Seperti yang dilaporkan media tempatan, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan telah mendakwa hampir dipukul oleh sekumpulan penyokong BN serta lehernya telah dicekik oleh seorang pemimpin EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhamad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo.


"Nak caci saya "babi, bangsat, bodoh, hancing" saya tetap akan hormati, kerana itu hak saudara. Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, ini dah melampau!," ujar Syed Saddiq seperti dilaporkan media.



Kredit Foto : NSTP



Syed Saddiq kemudian telah membuat laporan polis sehingga Papagomo di tahan untuk disoal siasat. Papagomo kemudian telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman selama tiga hari.


Memetik laporan media tempatan sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim telah mengesahkan bahawa siasatan pihaknya telah mendapati tiada pergaduhan serius antara Papagomo dengan Syed Saddiq pada 16 Februari lalu.


Menurutnya lagi, fail kes ini akan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk proses pendakwaan jika pihak polis sudah mempunyai bukti dan saksi yang mencukupi.


Papagomo sebelum itu telah menafikan yang dia mahu menyerang Syed Saddiq. Papagomo mendakwa dia hanya memeluk bahu Syed Saddiq dan mahu melindungi Menteri Belia dan Sukan itu daripada diserang oleh penyokong BN.


Foto: Milosuam


Dalam pada itu,  penyokong BN mendakwa pembantu Syed Saddiq telah memulakan provokasi dengan menunjukkan isyarat lucah terhadap mereka. Menurut mereka lagi Syed Saddiq tidak mengikut laluan yang ditetapkan SPR dengan sengaja memasuki kawasan penyokong BN.


Keadaan menjadi semakin hangat, apabila netizen yang pada mulanya menyebelahi Syed Saddiq telah menjadi sebaliknya.  Ini gara-gara sebuah klip video  yang telah tular di media sosial yang jelas menunjukkan Papagomo tidak mencekik Syed Saddiq seperti didakwa, sebaliknya hanya memeluk dari belakang.


Namun Syed Saddiq mendakwa video tersebut telah di sunting dan ia tidak menunjukkan keadaan yang sebenar.


"Mula-mula OK tapi dia edit (video), tak ada tunjuk part (bahagian) lain," ujarnya dalam satu sidang media.


  



Papagomo semalam  telah membuat laporan polis kerana mendakwa Syed Saddiq telah membuat laporan palsu terhadap dirinya.


Memetik laporan media tempatan, Papagomo menyifatkan insiden kononnya beliau mengasari Syed Saddiq Sabtu lalu, sebagai salah faham. Menurut Papagomo tujuannya membuat laporan polis kerana mahu rakyat mengetahui perkara sebenar yang berlaku.


Andai benar Syed Saddiq membuat laporan palsu dan kes ini diteruskan pendakwaanya di Mahkamah, jika sabit bersalah Syed Saddiq boleh hilang kelayakan untuk menjadi wakil rakyat.


Namun Syed Saddiq tetap enggan menarik semula laporan polis tersebut kerana yakin beliau dipihak yang benar. Beliau juga tidak kisah jika Papagomo mahu menyamannya.


Sepatutnya kejadian kekecohan ini berlaku. Sebagai pemimpin perlu bijak menjauhkan diri daripada perbuatan provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan dan rusuhan. Pemimpin perlu berkata jujur kerana apabila rakyat mengetahui pemimpin menipu, kepercayaan rakyat akan terhakis sampai bila-bila. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pondan shit small dick
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed bottemi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko minta maap je la sadiq ..ngaku salah.. case close.. kang x pasal2 prk kat muor kang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 03:00 PM | Show all posts
itulah bg budak muda jd menteri
dia pun xsempat nak poya2 dah kena pikul tanggungjawab
Hancussssssssssssssssssss...kesiannnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 04:36 PM | Show all posts
bangga org muar dpt mp budak2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2019 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Gerenti lah polis tak ambik tindakan apa pun kat saddiq ni. Menteri ph kan kebal
Laporan polis papagomo hilang di angin lalu jer zaman Malaysia baru ni..
Silap silap polis pulak uturn..

Salah laku timbalan menteri masa prk camoron highland pun xde bunyi, ini kan pulak yg ini.. hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudip pon...npe la nak kecoh kecoh...hang menteri kot...patut suruh khadam gi report..yg hang report sendiri knp...kang dah terkeluar kemaluan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2019 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau difikirkan secara logik..mengapa papagomo tergopoh2 mengejar syed sadiq dari belakang? Sedangkan dia bukan penyokong atau pun kawan syed sadiq?..sedangkan disisi syed sadiq ada polis dan penyokong2nya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.621058 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list