CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2778|Reply: 17

[Tempatan] Adib akui dipukul

[Copy link]
Post time 25-2-2019 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Adib akui dipukul

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/02/426980/adib-akui-dipukul

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Februari 2019 @ 1:59 PM

Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli
[email protected]



ANGGOTA bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, ada memberitahu seorang kakitangan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur ketika dirawat di institusi berkenaan, pada akhir tahun lalu, bahawa dia dipukul.


Kakitangan berkenaan yang dikenali sebagai Asyraf adalah antara individu dalam pasukan khas yang memantau secara rapi perkembangan rawatan anggota bomba terbabit.


Saksi ke-14, Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik IJN, Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib berkata, Asyraf ada memberitahunya perkara itu beberapa hari selepas Muhammad Adib meninggal dunia.


“Asyraf ada tanya sama ada (Muhammad Adib), ingat apa jadi dan dia (Muhammad Adib) angguk kepala.


“Asyraf tanya ada kena pukul dan Muhammad Adib menganggukkan kepala,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Faten Hadni Khairuddin pada hari ke-9 inkues kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner di Shah Alam.


Dr Mohamed Ezani berkata, dia kemudian menasihatkan kakitangan itu berhubung dengan bahagian guaman IJN untuk langkah seterusnya.

“Bagaimanapun, saya tak ingat sama ada mengemukakan soalan lanjut berhubung perkara itu,” katanya.


Terdahulu, Dr Mohamed Ezani berkata, sepanjang menerima rawatan, dua kali Muhammad Adib pernah ditanya sama ada dia ingat apa yang berlaku kepadanya.


Menurutnya, satu daripadanya, Muhammad Adib ditanya oleh pegawai penyiasat, manakala sekali lagi Dr Mohamed Ezani sendiri bertanyakan kepada mangsa.


“Bagaimanapun, pesakit (Muhammad Adib) hanya menggelengkan kepala,” katanya.


Sementara itu, saksi sama memberitahu bahawa Muhammad Adib dipindahkan dengan berhati-hati dari Ramsay Sime Darby Subang Jaya Medical Center ke IJN pada sebelum tengah malam 27 November 2018.


Katanya, sebaik tiba di IJN, mangsa segera dikejarkan untuk menerima rawatan dengan Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO), mesin khas bagi menyokong paru-paru dan jantung mangsa.


“Keadaan dia ketika dibawa turun dari ambulans adalah sangat kritikal. Kami semua ingat dia akan mengalami serangan jantung. Jadi, pesakit dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.


Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.


Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.


Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2019 06:53 PM | Show all posts
res gestae...wakakakakakakkakakaka

apa komen pembela2 kuil? wakakakakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 06:57 PM | Show all posts
mana mimiq tukang kantin basuh pinggan balai polis??

dulu dia melalak kata arwah cedera sebelah badan cam cedera kena langgar
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 06:58 PM | Show all posts

kes ni agak rumit untuk cari sabitkan kes ke sengaja merumitkan?




Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 07:12 PM | Show all posts
YBlava replied at 25-2-2019 06:57 PM
mana mimiq tukang kantin basuh pinggan balai polis??

dulu dia melalak kata arwah cedera sebelah b ...

aku ada je.. bz basuh pinggan nak tutup kantin..

ye laaa.. hasil siasatan mmg macam tu lah bunyik dia..

keterangan2 saksi dari spital pun ada bunyik2 serupa tu..

sebab tuh lah ada inkues..

so kita follow je lah apa dapatan inkues..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 07:15 PM | Show all posts
NURMIMIE replied at 25-2-2019 07:12 PM
aku ada je.. bz basuh pinggan nak tutup kantin..

ye laaa.. hasil siasatan mmg macam tu lah buny ...

lain kali bagi habis kes dulu baru eksyen tunjuk apndai

kan dah malu sendiri citer tak tally dgn keterangan saksi


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2019 07:16 PM | Show all posts
semua nak tinjuk pandai

nak jadi juruhebah broadcaster tak berbayar

konon best sgt la tu first sebar citer

ujung2 kantoi bodoh je


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 07:21 PM | Show all posts
YBlava replied at 25-2-2019 07:15 PM
lain kali bagi habis kes dulu baru eksyen tunjuk apndai

kan dah malu sendiri citer tak tally dg ...

ai share je apa  hasil sisasatan..

dan semua betul kan?

bila orang tak leh terima hasil siasatan, sbb tuh jadi inkues..

kang inkues orang tak leh terima, kita nak buat apa pula?

merempan je lah kan?

meriah sikit forum..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2019 07:22 PM | Show all posts

tunggu keterangan IO pula..

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 07:24 PM | Show all posts
NURMIMIE replied at 25-2-2019 07:21 PM
ai share je apa  hasil sisasatan..

dan semua betul kan?

sudah la kau

hasil siasatan mana boleh share sesuka hati

kau pun share pun sewlama ni banyak yang kantoi

bila masuk court, tarak satu pun yg betul teori kau




Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 07:28 PM | Show all posts
YBlava replied at 25-2-2019 07:24 PM
sudah la kau

hasil siasatan mana boleh share sesuka hati

alaa..

nama lagi teori..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 07:48 PM | Show all posts
Dari FB Firdaus Wong

@bernamaofficial mengatakan Adib mengangguk apabila ditanya oleh kakitangan IJN sama ada beliau dipukul atau tidak. Tajuk yang sama dilaporkan oleh @beritaharian . Tetapi @msianinsight pula kata Adib geleng kepala.
.
The Malaysian Insight (TMI) ini sebenarnya bakal mengikuti jejak langkah abangnya yang telah dikuburkan iaitu The Malaysian Insider (TMI juga). Laporan polis sepatutnya dibuat ke atas TMI ini agar disiasat kerana andai mereka sengaja putar belit tajuk dan berita boleh mengakibatkan ketenteraman awam tergugat.
.
Cara mudah nak kuburkan media portal ialah jangan share link mereka dan hanya share screenshot berita mereka kerana apabila kurang trafik ke website mereka maka akan kurang hasil pendapat iklan mereka dan bila kurang hasil pendapatan, maka akan terpaksa tutup kedai. Media neutral kita raikan tetapi media suka buat provokasi dan salah fakta kita perlu boikot.


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Logik laaa

1. Keling2 tu rage kononnya melayu ceroboh pergi pecahkan berhala dorg, rosakkan kuil
2. Keling2 lak jenis tau kuil dia ni pbt nak takeover sbb tanah haram
3. Pbt lak gomen
4. Bomba tu gomen
5. Anggota bomba tu melayu

So ape kebarangkalian dia tak dipukul? Tak ada
Logik ke tgh rage beratus org tu, nak peluk cium melayu

Kene gilis lori? Apsal topi, boot, baju hilang
Apsal xde daging berkecai tulang hancur, perut terburai mcm sesetengah kes kene langgar lori?

Kalau xkene gilis pun, kelajuan lori reverse tu lebih 60kmh ke masatu smpai bole injured kritikal?
Sedangkan belakang lori tu ade van

Putar selagi bole sambil kiteorg makan popkon
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo da sabit kes jenayah blh buat inkues ke..yg kene tahan aritu xdisabitkn apa2 kesalahan ke..seigt aku tun m ada ckp ini kes jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 09:17 PM | Show all posts
Confused sungguh pelbagai laporan pelbagai tafsiran. Petang tadi baca portal mana tah, kata arwah geleng kepala bila ditanya sama ada dipukul. Malam pulak laporan lain kata angguk kepala. Ada pulak kata medical assistant cakap dia angguk padanya tp bgtau doktor ezani beberapa hari lepas arwah meninggal, bab geleng kepala tu disebabkan doktor tanya ingat ke tak apa berlaku. Kalau dapat baca transkrip sebenar inkues lebih elok.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 09:17 PM | Show all posts
Fettybombom replied at 25-2-2019 09:02 PM
Kalo da sabit kes jenayah blh buat inkues ke..yg kene tahan aritu xdisabitkn apa2 kesalahan ke..seig ...

inkues dibuat untuk dapatkan verdict..

selalu kes 50-50 la..

kalau dah confirm jenayah, tak payah inkues..


charge terus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2019 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE: ai share je apa  hasil sisasatan..dan semua betul kan?bila orang tak leh terima hasil siasatan, sbb tuh jadi inkues..kang inkues orang tak leh terima, ...

Mimi cuba cari fb jebat derhaka betul ke kisah mereka tu? Dari d9 ke tahanan tanpa bicara. Ce cari kt fb.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
YBlava: sudah la kauhasil siasatan mana boleh share sesuka hatikau pun share pun sewlama ni banyak yang kantoibila masuk court, tarak satu pun yg betul teori  ...

Kalau sis mimie marah kepala kau benjol lava. Pinggan mimie basuh carouselle bukan murah2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.102177 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list