View: 2632|Reply: 11
|
Bapa Tikam Anak Kerana Malas Buat Kerja Rumah
[Copy link]
|
|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dari Chenzhou di Hunan, China, cedera parah akibat ditikam bapanya semata-mata kerana dia enggan menyiapkan kerja rumah.
Memetik laporan South China Morning Post, kaki murid tahun tiga itu mengalami luka besar akibat tikaman tersebut selain cedera pada kepala, belakang badan dan pinggul kerana dipukul.
Mangsa sepatutnya menyiapkan kerja rumah yang diberikan gurunya ketika cuti musim sejuk, namun dia gagal berbuat demikian sebelum penggal persekolahan yang baharu bermula pada 21 Februari lalu.
Apabila bapanya mengetahui tentang perkara itu, dia mengarahkan anaknya untuk melutut dan mula memukul mangsa.
Nenek mangsa cuba menghalang, tetapi bapa mangsa menjadi lebih marah dan mengambil pisau di dapur, lalu menikam anaknya.
Menurut mangsa, bapanya seperti tidak sedar tentang kecederaan yang dialaminya sehingga dia merayu lelaki itu agar melihat darah yang keluar dari lukanya.
Kredit foto: NextShark
"Terdapat luka besar pada kaki budak lelaki itu dan ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk sembuh. Dia juga perlu menggunakan topang ketiak selama beberapa hari selepas keluar dari hospital," kata pakar bedah yang merawat mangsa.
Nenek mangsa turut mengalami luka pada tangannya ketika cuba menyelamatkan cucunya.
Kredit foto: NextShark
Kanak-kanak lelaki tersebut menggambarkan bapanya sebagai seorang yang barang dan sering memukulnya, manakala ibu tirinya mendakwa, dia selalu enggan membuat kerja rumah.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada insiden berkenaan disiasat oleh polis atau tidak.
Memang sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak-anak menyiapkan kerja rumah namun janganlah sampai mencederakan mereka. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah....bapanya amat ganas |
|
|
|
|
|
|
|
baran jenis macam ni, pukul anak masa kecik
esok lusa dah tua, kena pukul, kena dera, kena buang anak masing-masing
lepas tu play victim. anak2 kejam katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-2-2019 04:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Silap2 anak dia bila dah besar ikut perangai yang sama |
|
|
|
|
|
|
|
budaya depa ni...'MENGHUKUM DAN MARAH'...itu kira 'MENDIDIK'."Saya bukan marah...saya kasi tau lu saja...". |
|
|
|
|
|
|
|
Bila ada ank sorang tu sj, semua harapan utk hidup yg lebih baik, jatuh pada dia sorang
Tu yg marah sgt dapat ank pemalas tu
Bapaknya pun, garang mcm nak membunuh pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
dah polisi negara dia boleh ada sorang anak aje. bapak dia mungkin kecewa sangat perangai anak dia camtu.
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia jadi camtu akibat banyak makan daging kerbau pendek
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu pun ibu selalu marah kalau x buat kerja sekolah atau xmau belajar... kena pukul jugak tapi xde la smpai guna pisau kot... berpada-pada jugak la bapak pun.. tu dh kena rasuk api marah tu, bukan nak mendidik |
|
|
|
|
|
|
| |
|