Beberapa hari yang lepas, Pejabat Perdana Menteri telah mengumumkan penghapusan kadar tol di empat lebuhraya bagi pengguna yang melalui tol tersebut pada jam 11 malam sehingga 5 pagi.
Kredit Foto : Carian Google
Pengumuman tersebut telah mengundang pelbagai reaksi bukan sahaja daripada parti pembangkang malah dikalangan rakyat Malaysia terutama sekali mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.
Ada yang menyambut baik pengumuman tersebut dan tidak kurang juga yang menyatakan perasaan tidak puas hati masing-masing sehingga menimbulkan perbalahan di laman sosial.
Ada yang berpendapat bahawa bebas tol pada waktu yang dinyatakan hanya akan dinikmati oleh mereka yang suka berhibur di kelab malam.
Orang yang kaki 'clubbing' sahaja guna jalan tengah malam..
Kredit foto : Twitter
Tak ikhlas nak bantu rakyat..
Kredit Foto : Twitter
Bukan GRO je yang balik malam..
Kredit Foto : Twitter
Kredit Foto : Twitter
Ada yang berpendapat penghapusan tol pada waktu malam adalah berasas kerana ianya merupakan salah satu cara untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu siang.
Kalau tol percuma, semua akan membawa kenderaan masing-masing berbanding menaiki pengangkutan awam..
Kredit Foto : Twitter
Pengumuman mengenai bebas tol tersebut sebenarnya masih lagi dalam peringkat cadangan dan belum lagi disahkan pelaksanaannya. Apa pun setiap orang bebas menyuarakan pendapat masing-masing dan sudah pasti pihak kerajaan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat keputusan. -CARI |