View: 3167|Reply: 18
|
Konsert Reunion Spice Girls Bakal Jadi Nyata! Tapi Siapa Anggota Yang Tidak Akan
[Copy link]
|
|
Kumpulan pop terkenal daripada United Kingdom, Spice Girls mengesahkan konsert reunion mereka pada tahun 2019 tetapi Victoria Beckham tidak akan mengambil bahagian, menurut sumber.
Kredit Foto: E!News
Menurut akhbar The Sun, Simon Fuller, bekas pengurus kumpulan pop wanita itu yang terdiri daripada Melanie Brown, Melanie Chisholm, Emma Bunton, Geri Halliwel dan Victoria Beckham, akan mengetuai penganjuran konsert sebanyak 13 tarikh termasuk 3 pertunjukan di Stadium Wembley. Setiap anggota Spice Girl dijangka menerima bayaran sebanyak 12 juta pounds. Sumber itu memberitahu bahawa perjanjian konsert akhirnya berjaya ditandatangani setelah proses perbincangan yang panjang.
Walau bagaimanapun, Victoria Beckham atau Posh Spice tidak akan turut serta dalam jelajah reunion itu. Walaupun tidak ada sebarang sebab diberikan Victoria, Simon Fuller memberitahu Posh Spice dari dahulu lagi tidak selesa menjadi salah seorang anggota Spice Girl. 'Victoria jarang merasa gembira ketika bersama kumpulan sehinggalah beliau keluar, berkahwin dengan David Beckham dan meluncurkan kerjaya solo ' Simon menambah.
Kredit Foto: Hello Magazine
Spice Girl berpecah pada tahun 2000 tetapi pernah mengadakan konsert reunion sekitar tahun 2007-2008. Kali terakhir mereka mengadakan persembahan bersama ialah pada penutupan Sukan Olimpik di London pada tahun 2012.
Kredit Foto: Billboard
Awal Februari tahun ini, kesemua anggota Spice Girl termasuk Victoria telah mengadakan seisi photoshot untuk sebuah penerbitan yang mengundang spekulasi; adakah Victoria boleh dipujuk untuk turut serta? Jika tidak, adakah Konsert Reunion Spice Girls tanpa Victoria akan mendapat sambutan? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi antara ramai2 member Victoria memang tak boleh menyanyi pun kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sang_Pencinta: Tapi antara ramai2 member Victoria memang tak boleh menyanyi pun kan?
Victoria itu sgt membolehkan |
|
|
|
|
|
|
|
noraidil_06: Victoria itu sgt membolehkan
Alaaaa typo Victoria tu sgt membosankan |
|
|
|
|
|
|
|
tapi beliau takde takpe, suara biase2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Aku masih dendam ngan Geri Halliwel dari zaman sekolah dialah pengkhianat keluar Spice Girl yang pertama.. ooo zaman remajaku..
Ha ha ha ha ha
Yo, I'll tell you what I want, what I really, really want
So tell me what you want, what you really, really want
I'll tell you what I want, what I really, really want
So tell me what you want, what you really, really want
I wanna, (ha) I wanna, (ha) I wanna, (ha) I wanna, (ha)
I wanna really, really, really wanna zigazig ah
If you want my future, forget my past
If you wanna get with me, better make it fast
Now don't go wasting my precious time
Get your act together we could be just fine
I'll tell you what I want, what I really, really want
So tell me what you want, what you really, really want
I wanna, (ha) I wanna, (ha) I wanna, (ha) I wanna, (ha)
I wanna really, really, really wanna zigazig ah
If you… |
|
|
|
|
|
|
|
Yg tak terlibat mungkin dah berhijrah pakai tudung taknak seksi meksi.. Eh..silap ltu elite{:thief |
|
|
|
|
|
|
|
posh tu one of selling point la...
tp suara wise, byk kat Mel C & Baby Spice rasanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok jer kalau dia tak nak joint suara yang lain2 tu dah cukup untuk buat persembahan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-2-2019 08:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Roan: Aku masih dendam ngan Geri Halliwel dari zaman sekolah dialah pengkhianat keluar Spice Girl yang pertama.. ooo zaman remajaku.. Ha ha ha ha haYo ...
Amboi siap hapal lirik
|
|
|
|
|
|
|
|
Posh Spice ler yang paling sumbang nyanyi, suara keras kejung. Dia jugak yang nampak paling membosankan. Dia malu kot nak menari tergedik2 sebab anak2 dah besar panjang, dah kaya raya plak tu. Nak maintain posh gitu. Iols dulu minat Mel C dan Baby. |
|
|
|
|
|
|
|
Okey ni kelakar |
|
|
|
|
|
|
|
Yg lelain tu still aktif dlm bidang seni kan. Posh je yg fokus fashion. Tak heranlah sheols prefer jd penonton jah.
Ada dgr lagu solo sheols kat utube.Ekceli nice juga sore Posh
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak cakap... dia memang tak leh nyanyi... memang la tak selesa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Patot posh join laaa..then dpt laa pomot baju brand VB skali bukan kne nyanyi solo byk pn |
|
|
|
|
|
|
|
setiap orang ada had hiburannya biarlah dia yang menentukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke pernah baca pasal beckham memula suka geri halliwell then baru sangkut kat victoria?? Baca
Masa remaja kat article kat magazine |
|
|
|
|
|
|
| |
|