CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5355|Reply: 51

PRK Semenyih: Apa Jadi BN Menang Esok?

[Copy link]
Post time 1-3-2019 03:02 PM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto: MStar




Esok akan menjadi penentu kemenangan pemimpin yang akan dipilih untuk mengisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang telah ditinggalkan oleh peyandang terdahulu, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor yang sudah kembali ke rahmatullah pada 11hb Januari lepas.


Sejak di hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih pada 16 hb Februari lalu, pelbagai insiden dan konfrontasi hebat telah berlaku melibatkan pergeseran dua gabungan parti terbesar di Malaysia iaitu Barisan Nasional ( BN) dan Pakatan Harapan (PH).


Jika diikut sejarah PRK, parti pemerintah lebih berpeluang untuk memenangi pilihanraya kecil ini kerana sebagai kerajaan mereka mampu untuk menyediakan peruntukan tambahan sebagai modal kempen yang paling berkesan.


Namun kali ini mungkin berbeza kerana parti yang menjadi kerajaan hari ini telah dilihat gagal oleh sebahagian besar rakyat Malaysia dalam menunaikan janji manifesto pilihan rayanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.


Mungkin agak sukar untuk rakyat mempercayai janji manis mereka buat kali kedua kerana selepas hampir 10 bulan menjadi kerajaan sama ada di peringkat negeri atau persekutuan, tiada apa-apa perubahan yang mampu memuaskan hati rakyat terutamanya anak muda.



Kredit Foto : Sinar Harian




Gabungan kerjasama antara BN dan PAS pasti menambah kekuatan BN seperti mana yang berlaku di PRK Cameron Highlands baru-baru ini.  Walaupun ada cubaan untuk melagakan dua parti tersebut namun kehadiran hebat penduduk di setiap kempen ceramah BN jelas menunjukkan sokongan kuat daripada kedua-dua penyokong parti terbesar orang melayu itu.


Menyedari kebangkitan blok parti pembangkang, Pakatan Harapan mula bertindak untuk memancing pengundi dengan menggunakan kuasa yang mereka ada sebagai kerajaan. Pelbagai janji manis di tabur. Tiba-tiba sahaja peruntukan baru diumumkan walaupun pada awalnya ia tiada dalam Bajet 2019 yang dibentangkan penghujung tahun lepas.


Meskipun janji-janji baharu ini kurang menarik berbanding janji manifesto PRU 14,  namun ia dilihat lebih rasional dan praktikal dan persis bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan BN sebelum ini. Sebagai contoh Bantuan Sara Hidup RM100 untuk orang bujang dan Bantuan RM100 untuk pelajar IPT, bantuan ini sebenarnya telah diperkenalkan oleh kerajaan BN sejak beberapa tahun dahulu namun dalam jumlah yang lebih tinggi.



Kredit Foto: Isu Viral




Sementara itu, calon Pakatan Harapan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Muhammad Aiman Zainali juga tidak kurang hebatnya menabur janji. Selain berjanji untuk berusaha membina hospital di Semenyih, beliau juga berjanji untuk menyelesaikan semua masalah penduduk hanya dalam masa sehari jika dipilih menjadi Ahli DUN Semenyih. Walaupun mendapat kritikan sinis netizen namun menurutnya, janji yang dilafazkan itu sebagai bukti komited untuk membantu rakyat.


Di atas kertas, Pakatan Harapan memang mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi PRK DUN Semenyih ini. Namun kuasa sebenar berada di tangan pengundi. Pengundi di Semenyih pasti bijak membuat pilihan demi kesejahteraan dan kebajikan mereka.


Namun andai kata Pakatan Harapan tewas, inilah masanya untuk pengundi di Semenyih menilai sejauh mana dasar keterbukaan dan keadilan pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Harapan seperti mana yang dilaungkan mereka sebelum ini. Sebagai kerajaan, mereka tidak sepatutnya pilih bulu dalam soal pembangunan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2019 03:05 PM | Show all posts
tak kisah la..janji 2hb menang 3hb semua masalah di DUN Semenyih settle...wakakakakakkakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:08 PM | Show all posts
apa jadi???...jadinya YB semenyih dari wakil rakyat BN lah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:10 PM | Show all posts
Didoakan menang la

Mesej jelas bahawa rakyat terutama Melayu Islam
menolak Pakatan Jahanam
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:10 PM | Show all posts
Sape pun yg akan menang esok,  InsyaAllah rakyat masih boleh bernafas lagi. Maka buatlah apa yg patut kita semua buat asal jangan  sambung kata mengata dn tak  menghuruharakan negara.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:17 PM | Show all posts
esok esok punya cite
mlm ni selangor vs JDT layan dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2019 03:21 PM | Show all posts
nuar tetap jadi bakal PM untuk tahun ke 21

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Berjanji bina hospital????..yang manifesto tu pun x dilaksanakan. ...

Aku doakan PH kalah. ..sakit hati tengok pemimpin PH ni ....walau mmg akak bukan penyokong BN tapi tetap aku harap PH kalah. ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2019 03:26 PM | Show all posts
PRK Semenyih: Apa Jadi BN Menang Esok?

Kak Ros akan diarak sekitar semenyih
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi seperti ultraman taro menyerang dan menumpaskan raksasa gorgon yang tengah rakus.. Hahaha..
Lepas ni mana lagi nak PRK?
Tak sabar nak tengok BN bangkit jajah balik satu persatu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:33 PM | Show all posts
kalau BN menang esok.. maybe akan ada perubahan besar dlm lanskap politik Negara..

kalau BN menang esok.. PH akan alert dan bekerja sungguh2 utk memenangi hati rakyat terutama bumiputra dan Islam..

kalau BN menang esok...  PH terpaksa gak tunaikan manifesto yg dah janji kepada penduduk semenyih..

kalau BN menang esok.. PH akan lebih menghormati ,sensitive dan berjaga2 dgn semua issue berkaitan Bumiputra dan Islam..

kalau BN menang esok.. Selangor dan gomen still under PH.. so tak rugi sokong BN esok..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
relaxjek replied at 1-3-2019 03:33 PM
kalau BN menang esok.. maybe akan ada perubahan besar dlm lanskap politik Negara..

kalau BN menan ...

Betul...kalau tak.PH ni akan hidup dlm kayangan depa.....sedikit sebanyak pemimpin  PH akan sedar. ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:35 PM | Show all posts
pembangkang kena menang...kalau tak kerajaan asyik la bg statement bukan2...

kejap itu pastu kena hentam...konar sini...konar sana....

klu org kata kena terantuk sekali baru terngadah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:37 PM | Show all posts
Kalo BN menang,

tekanan akan lebih kuat kepada Menteri2 yang tipu sijil
supaya letak jawatan

setebal mana muka pun, lambat laun pasti malu juga
bila rakyat tolak
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
PH ni ingat bila depa menang depa ingat rakyat suka suka pilih depa. ...sebenarnya rakyat nk perubahan ..nak lebih dari apa yang BN dah buat dulu. ..harap kos hidup tak terbeban. ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:40 PM | Show all posts
laaa esok dah 2hb..lusa 3hb..
kalo menang tak tido org tu..
bumi sfera ni ada 24jam jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2019 03:48 PM | Show all posts
tak kesah la sapa menang pun, selangor still under PH. Kerajaan pun tak akan bertukar.
yang pasti pencuri perasuah kena dakwa .
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 1-3-2019 03:05 PM
tak kisah la..janji 2hb menang 3hb semua masalah di DUN Semenyih settle...wakakakakakkakakakakaka

Wa nak tumpang gelak gak bro Charlie

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:50 PM | Show all posts
Kalo PH kalah,

bermakna semakin berkurangan jumlah mahacai bodoh
penadah kencing

itu satu perkara yang positif juga, membantu yang tertipu supaya
waras semula
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:52 PM | Show all posts
senyum merenyih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.377199 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list