"Sebelum mana-mana pihak ambil tindakan, hentikan fitnah ini."
Aliff Aziz bagi amaran pada siapa pula tu? Menerusi Instastory, rupanya ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kemelut kontroversi melanda Aliff dan pelakon Octovia Manrose.
Difahamkan, ada individu mendakwa melihat Aliff dan Oktovia di sebuah pasar raya, sedangkan aktor berkenaan kini berada di Singapura untuk bertemu keluarga sejak dua hari lalu.
Aliff menegaskan akan mengambil tindakan terhadap individu terbabit sekiranya dia tidak berhenti menyebarkan fitnah.
Dalam masa sama, Aliff mengakui kecewa dan terkilan apabila tindakan tidak bertanggungjawab itu mengeruhkan lagi ketegangan dihadapinya ketika ini.
Kredit foto: IG Aliff Aziz
Amboi kak, beraninya membuat tuduhan tanpa menyediakan bukti. - CARI |