CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4430|Reply: 12

Syed Azmi Bincang Isu Budak 7 Tahun Ketagih Seks Dalam Analisis Di TV Alhijrah

[Copy link]
Post time 8-3-2019 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Selepas isu doula dan suplemen yang menarik tontonan ramai, kini TV Alhijrah sekali lagi membicarakan sebuah topik yang dekat dengan hati masyarakat.


Topik yang akan menjadi perbincangan bagi rancangan popular Analisis minggu ini adalah: Usia 7 Tahun Ketagih Seks, Salah Siapa?





Kredit foto: Facebook





Sememangnya topik yang agak sensitif, penerbit rancangan itu telah mengundang beberapa panel untuk mengupas dan memberikan pendapat mereka termasuk Prof Datuk Dr Harlina Siraj, seorang pakar O&G dan Pendidikan Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Syed Azmi Alhabsi, seorang aktivis sosial.





Kredit foto: Facebook





Kepakaran Dr Harlina sememangnya tidak boleh dinafikan lagi dengan pengalaman puluhan tahun dalam bidang perubatan. Beliau sering dijemput memberikan ceramah, pembentangan dan perkongsian dalam dunia akademik.





Kredit foto: Facebook





Manakala, Syed Azmi pula adalah seorang aktivis sosial yang dikenali ramai di dunia Facebook. Mengintai setiap status di media sosialnya akan mengesahkan kesibukan beliau dalam kerja-kerja sosial terutamanya dalam memberikan bantuan kepada remaja dan kanak-kanak yang berdepan dengan isu kehamilan dan pengabaian.





Kredit foto: Facebook





Difahamkan, panel yang ketiga belum diputuskan oleh penerbit rancangan. Seperti siaran sebelumnya, rancangan ini akan dihoskan oleh pembicara berwibawa, Syafinaz Yunus. Sudah semestinya gandingan panel yang berkeliber dan topik yang menarik masyarakat akan membuatkan rancangan ini sekali lagi bakal menjadi bualan.  




Analisis bersama Dr. Harlina dan Syed Azmi akan bersiaran Jumaat ini, 8 Mac, jam 10 malam di TV Alhijrah. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2019 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah.. Kembar ke baby yg dak laki tu pegang
Untung nye lah kamu anak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2019 11:00 AM | Show all posts
Masih remaja lagi dah jadi bapa baby kembar
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
I dah lama unfollow dia ni sbb everytime i baca posting dia i rasa mcm terlalu negatif dgn kehidupan. Sometimes mmg i elak baca crite walaupun based on reality but btul2 mempengaruhi mood sepanjng hari. Tak smpai hati nak baca n rasa tak nak tahu yg mmg ada org berperangai binatang kt anak sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 11:27 AM | Show all posts
biar betul umur 7 tahun??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2019 11:41 AM | Show all posts
Edited by Sang_Pencinta at 8-3-2019 08:40 PM
vee_zara replied at 8-3-2019 11:08 AM
I dah lama unfollow dia ni sbb everytime i baca posting dia i rasa mcm terlalu negatif dgn kehidupan ...

Truth hurts, sis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2019 11:54 AM | Show all posts
vee_zara replied at 8-3-2019 11:08 AM
I dah lama unfollow dia ni sbb everytime i baca posting dia i rasa mcm terlalu negatif dgn kehidupan ...

bukan semua orang boleh bergelumang dgn "negativity" tersebut. kebanyakan manusia cuma kisah hal sendiri, tutup mata hati telinga pada realiti dan keburukan sekeliling. kebanyakan manusia tak cukup kuat mental, emosi, kudrat untuk mengakui, menghadapi apatah lagi untuk membantu memperbaiki keadaan.

tak salah pun jadi manusia.





Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 12:32 PM | Show all posts
sedih sangat... dan menakutkan sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 8-3-2019 11:54 AM
bukan semua orang boleh bergelumang dgn "negativity" tersebut. kebanyakan manusia cuma kisah hal s ...

Ya betul.. paling terkesan psl cerita dia yg cikgu sibuk tanya mana anak awak? Padahal budak tu dah tak ingat apa yg ayah dia dah buat n yg dia tu dah pernah mengandung n beranak. Bila kita letak diri kita kat tempat dia btul2 rasa nak meraung...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 05:24 PM | Show all posts
Bukan cerita baru pun dah berpuluh tahun rasanya ada kes sebegini tapi sekarang lebih ramai tahu mengenainya bila adanya media social.  Sebelum ni selalunya keluarga akan rahsiakan dan membawa mereka2 yang terlibat berpindah ke tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 09:05 PM | Show all posts
pastu bila kerajaan ada niat  adapt sikit2 sex education ada je mangkok2 ignorance otak lembu jadikan isu neh perkauman ,politik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde org wat rumusan ke mcm topik2 sebelum ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 02:00 PM | Show all posts
setuju ngan forumer kat atas...cerita2 ni sebenarnya dr dulu lg dh ade, dah banyak.. cume bilanya dh ade media sosial ni, benda ni jd terbuka sikit....
and betul juga kata forumer , bila scroll fb syed azmi, terasa terlalu byk negatif dgn kehidupan, dan mempengaruhi mood, tp tulah , mujur ada org mcm dia sanggup nk tlg mereka2 ni...kalau x, xtaula apa nak jd....
nk harapkan diri sendiri menolong mcm dia, xtermampu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.063130 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list