Kredit foto: IG Siti Kassim/Dr Maza
Peguam dan aktivis Siti Zabedah Kassim menyindir Mufti Perlis kononnya mimpi ngeri di siang hari selepas mengeluarkan kenyataan berhubung perhimpunan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di ibu negara, baru-baru ini.
Dalam kenyataannya di Facebook, Siti Kassim menafikan perhimpunan LGBT berkenaan, sebaliknya mendakwa ia adalah sebuah perarakan yang meyuarakan hak wanita.
Kredit foto: FB Siti Kassim
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza sebelum ini menyifatkan perarakan LGBT itu bukan saja menghairankan manusia, malah boleh menghairankan haiwan.
Kredit foto: FB Dr Maza
Memetik Utusan, Women's March yang diadakan berhampiran pusat membeli belah Sogo ke Masjid Jamek itu disertai ratusan orang termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS) dan aktivis serta pelajar. - CARI |