Jika sebelum ini primadona Fauziah Ahmad Daud atau Ogy menempelak kenyataan 'mendongak ke langit' pengarah A. Aida, terbaru pelakon Que Haidar turut memberi respons di Instagramnya.
Que menyifatkan kenyataan A. Aida itu memalukan selain menunjukkan masih ada golongan dengan pemikiran kolot yang mengutamakan rupa paras yang akan ditelan dek usia.
Ramai netizen bersetuju dengan Que selain menambah 'asam garam' dengan menyindir rupa paras A. Aida yang tidak semenggah mana untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
Kredit foto: IG Que Haidar
A. Aida sebelum ini dilaporkan Harian Metro meminta peserta supaya tidak hadir ke uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) sekiranya tidak memiliki rupa paras menarik
Dalam masa sama, pelakon Azhan Rani turut meluahkan kekesalannya terhadap kenyataan pengarah dan penerbit itu.
Kredit foto: IG Azhan Rani
"Kenyataan itu pada aku terlalu kejam buat mereka yang benar-benar mempunyai bakat.. Kemana pula yang tak punya rupa tu nak humbankan bakat dia?" tulisnya.
Kalau rupa ada, tetapi bakat hauk ke laut pun tak guna juga. Ia boleh menjadi faktor sesetengah drama atau dilem itu sendu kerana orang ramai mahu melihat bakat, bukan rupa semata-mata. - CARI
|