Amboi, bukan main mesra lagi Bunga Citra Lestari merangkul bahu Reza Rahadian.
Kredit foto: IG BCL
Gara-gara memuat naik gambar itu di laman sosialnya bagi mempromosikan filem terbaru lakonan mereka, bintang popular di Indonesia itu menerima kritikan dan kecaman kerana dilihat seolah-olah tidak menghormati suaminya, Ashraf Sinclair.
Kredit foto: IG Ashraf Sinclair
Kredit foto: IG BCL
Dalam pada orang ramai mengecam BCL, berbeza pula dengan Ashraf yang seperti menyokong karier isterinya itu.
Di Instagramnya, Ashraf juga dilihat berkongsi foto mesra BCL dan Reza dengan kapsyen kata-kata semangat dan sokongan terhadap projek terbaru mereka itu.
Tindakan Ashraf itu juga mendapat kritikan netizen yang menyifatkannya sebagai seorang yang dayus.
Kredit foto: IG Ashraf Sinclair
Dayuskah seorang suami membenarkan isteri bergandingan bersama lelaki lain dengan mesra demi karier? - CARI
|