View: 2464|Reply: 11
|
10 Pelajar Ditahan Kerana Bermain PUBG Selepas Diharamkan
[Copy link]
|
|
Seperti umum sedia maklum, permainan video boleh mendatangkan kesan negatif terhadap sesiapa sahaja terutamanya jika ia terdedah kepada golongan kanak-kanak pada usia terlalu awal.
Menurut kajian, permainan video berunsur keganasan boleh menyebabkan seseorang meniru aksi dalam video tersebut tanpa sifat perikemanusiaan disebabkan sudah terbiasa melihatnya di dalam video permainan.
Antara permainan video yang menjadi kontroversi adalah PUBG atau nama penuhnya Player Unknown's Battlegrounds.
Kredit foto: theweek.in
Justeru, Gujerat di India telah mengambil langkah untuk mengharamkan permainan video PUBG dengan alasan ia melalaikan pelajar dari mengulang kaji serta mempunyai unsur-unsur keganasan yang tidak harus dicontohi.
Namun begitu, masih ada yang tidak mematuhi arahan kerajaan negeri. Baru-baru ini, 10 pelajar kolej ditangkap kerana didapati sedang bermain PUBG di tempat awam.
Menurut pihak polis, pelajar terbabit terlalu leka bermain sehingga tidak sedar dihampiri anggota polis. Langkah ini diambil bagi memberi amaran kepada orang awam bahawa larangan bermain PUBG adalah sesuatu yang serius dan perlu dipandang berat.
Kredit foto: theverge
Enam daripada pelajar itu ditangkap berhampiran Atmiya College, tiga di lintasan jalan Raiya dan berdekatan Galaxy Cinema, manakala seorang lagi berhampiran Menara Neptune. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar itu kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.
Gujerat merupakan satu-satunya negeri di India yang melarang permainan PUBG buat masa ini. Walaupun dibantah pemain permainan video tegar, namun larangan bermain PUBG dan permainan seumpamanya pasti akan memberi manfaat yang sangat banyak.
Siapa tahu mungkin selepas ini giliran Malaysia pula. Tapi lain pula kenyataan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menegaskan PUBG tiada kena-mengena dengan keganasan. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah lama x main pubg..busy tengok insta sajat. |
|
|
|
|
|
|
|
shi_jewel replied at 18-3-2019 12:00 PM
dah lama x main pubg..busy tengok insta sajat.
Hamboiii kawwwww |
|
|
|
|
|
|
|
PUBG ni takdelah ganas. Tarap2 cs je game tembak2.
Btw several years ago, dkt kedai game, ada budak minta dkt mak dia nak beli GTA5 tapi xkasi sb mak budak ckp game tu ganas, nak beli game lain takpa. Salute jugakla jarang jumpa emak org amik tau pasal game2
* yg viral kata ada sejadah dlm map PUBG, itu lebih kepada russian rug. Mmg ada map vikendi yg based on area Russia/ukraine. Hampir setiap map ada church tp xde viral pulak |
|
|
|
|
|
|
|
well....sbb sajat dia melawak secara spontan. time stress, terus je tgk insta sajat. terhibur sikit hidop.
iol terpikir je, adekah cocyin telah ditiduri oleh sajat? hurmmmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
Macik main pubg dah masuk rank Ace dari season 2
Xde pong macik terkesan sampai nak membunuh biawak atau mendera burung merpati yang berak atas atap kete
Yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
shi_jewel replied at 18-3-2019 02:03 PM
well....sbb sajat dia melawak secara spontan. time stress, terus je tgk insta sajat. terhibur siki ...
Aiols akan lebih terhibur the insta sajat meniduri cocyin (kalu Ada) |
|
|
|
|
|
|
|
Bnyak lg game mcm pubg ni. Mcm counter strike . Ada yg lebih ganas lg. Takpelah....mainlah tetris lepas ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ade...mau semua pangkat tentera bawang turun padang untuk menyiasat kejadian tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ioilss tak boleh main pubg..nanti ioilss lalai. Semua keje tak jalan, anak kemana kang.. ioilss kalau main ps sampai 3 4 pagi..kena marah dgn mak. Anak nak skola. Gta tu ioilss x suka..kejam sgt tgk adik, anak and laki ioilss main.. gelak gelak..suka suki tumbuk makcik pakcik negro.. eh |
|
|
|
|
|
|
|
meols main werewolf dkt plato je.. suke menyakat bbnu dkt sane..kelakar giler bile tgk theyols mcm tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|