Seorang warga Malaysia berumur 36 tahun ditahan di Lapangan Terbang Perth, Australia Jumaat lepas oleh Australian Border Force (ABF) susulan pemeriksaan kastamnya setibanya dari Kuala Lumpur.
Kredit foto: Carian Google
"Semasa pemeriksaan telefon bimbitnya, pegawai mendapati terdapat bahan-bahan yang dilarang termasuk penderaan seks kanak-kanak. Pihak berkuasa telah merampas telefon itu, membatalkan visanya dan menahannya," kata ABF lagi.
Kredit foto: Channel News Asia
Menurut beberapa media Australia, lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya akan didakwa dengan tuduhan mengimport bahan terlarang porno kanak-kanak ke dalam negara tersebut.
Dia akan dtuduh mengikut Seksyen 233BAB(5) dalam Akta Kastam 1901 negara itu. Sekiranya didapati bersalah, lelaki itu boleh didenda maksimum 10 tahun penjara dan/atau denda AUD25,000 (RM1.5 juta) lapor Mirage News.
Kredit foto: Carian Google
Kommander ABF, Emma Newman memberikan amaran kepada semua pelawat supaya tidak membawa bahan lucah kanak-kanak ke dalam negara tersebut.
"elawat perlu sedar bahawa membawa bahan lucah kanak-kanak adalah satu kesalahan serius di bawah undang-undang Australia. Membasmi ekspolitasi kanak-kanak adalah salah satu keutamaan ABF," tambahnya lagi.
Memiliki bahan pornografi terlarang juga satu kesalahan di Malaysia. Mungkin penguatkuasaan undang-undang di lapangan terbang negara kita juga perlu dipertingkatkan untuk mencegah penyebaran bahan lucah pornografi kanak-kanak ini. Apa kata anda? -CARI |