Supermodel Noami Campbell sememangnya seorang trendsetter yang sering menjadi ikutan ramai. Gaya pakaiannya sering ditiru kerana sentiasa menepati cita rasa terkini.
Beliau dikatakan tidak kisah dijadikan idola oleh orang ramai, tetapi pantang apabila ada selebriti wanita menciplak gayanya kemudian mendakwa mereka yang memulakan trend tersebut.
Kredit foto: Carian Google
Terbaru, Naomi menyindir bintang realiti Kim Kardashian dan Kylie Jenner, dua selebriti yang sering mendakwa mereka adalah pencetus asli sesebuah trend baru, sedangkan gaya mereka sebenarnya diciplak daripada orang lain.
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram
Baru-baru ini, Kylie telah memuat naik sekeping gambar di Instagramnya menunjukkan beliau sedang memakai cermin mata bertatahkan permata. Beberapa jam kemudian Naomi menyindir Kylie dengan memuat naik gambar lamanya memakai kaca mata sama.
Ramai tertanya-tanya adakah ini satu sindiran kepada Kylie?
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Instagram
Ini bukanlah kali pertama Naomi menyindir ahli keluarga Kardashian-Jenner ini. Minggu lalu, Kim Kardashian menghadiri majlis perkahwinan Chance the Rapper bersama suaminya, Kanye West. Kim mengenakan sehelai gaun Versace yang klasik.
Serta merta Naomi memuat naik sekeping gambar lama ketika beliau mengenakan busana sama! Beliau menulis status bahawa beliau telah mengenakan gaun itu sejak 1991 lagi.
Kredit foto: Buzzfeed
Naomi juga katanya pernah menyindir Kim beberapa kali kerana sering menciplak apa-apa fesyen yang dipakainya.
Netizen di Twitter bagaimanapun mempunyai pendapat yang berbelah bagi. Ramai berpendapat Kim dan Kylie sememangnya kekeringan idea dan sering meniru gaya selebriti lain termasuk Rihanna dan Naomi.
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun, sebahagian lagi netizen berpandapat bahawa ini bukanlah meniru sebaliknya hanya menjadi sumber inspirasi memandangkan Naomi bekerja sebagai model dan selayaknya fesyen dikenakan beliau akan menjadi ikutan ramai.
Apa kata anda? Adakan Kim dan Kylie sememangnya menciplak gaya Naomi atau Naomi yang paranoid dengan kedua bintang realiti ini? - CARI |