Gambar hiasan. Kredit foto: Carian Google
Dalam masa setahun selepas Pakatan Harapan (PH) berkuasa, kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 jatuh mendadak ke tangga ke-80 berbanding tangga ke-35 pada tahun lalu.
Sudah tentu perkara yang amat kurang memberangsangkan itu menjadi bahan sindiran sebahagian besar netizen yang semakin resah dengan 'suasana kurang membahagiakan' yang dialami mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Malah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan kesempatan itu untuk menyindir Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad yang sebelum ini berbangga dengan prestasi Malaysia dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2018 seperti yang dinyatakan dalam laman Facebook beliau pada 20 Mac.
Kenyataan Khalid Abdul Samad. Kredit foto: Facebook
Walau bagaimanapun, Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 yang disiarkan pada petang hari yang sama melaporkan bahawa rakyat Malaysia kini semakin kurang gembira.
Justeru, Najib yang kini popular dengan fenomena 'Bossku' tidak melepaskan peluang untuk memulangkan paku buah keras kepada Khalid.
Kredit foto: Facebook
Para netizen yang turut menerima tempias daripada situasi ekonomi tidak menentu menyokong kenyataan Najib malah ada di antara mereka yang menyifatkan era pentadbiran bekas Perdana Menteri itu merupakan zaman yang menggembirakan untuk rakyat.
Kredit foto: Facebook
Seorang netizen pula menyatakan, Khalid sepatutnya berasa malu kerana cuba mengeksploitasi prestasi kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa Malaysia ke tempat ke-35 dalam Indeks Kebahagiaan Dunia.
Kredit foto: Facebook
Ada juga yang berpandangan, rakyat Malaysia pada masa ini kurang gembira kerana terpaksa berdepan dengan krisis ekonomi, kenaikan harga barang, penjualan aset-aset milik negara dan peningkatan hutang negara.
Kredit foto: Facebook
Nampaknya menteri-menteri Kabinet PH perlu lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan mereka dijadikan sasaran kecaman bertubi-tubi oleh 'tentera bawang Malaysia'. - CARI
|