Pendirian Dean Cain ternyata tidak dipersetujui ramai. Kredit foto: The Wealth Record
Walaupun dikecam netizen, pelakon yang pernah melakonkan watak superhero 'Superman', Dean Cain tidak menarik balik kata-kata yang dikongsinya di laman Twitter.
Pelakon 'Lois & Clark' itu menyatakan yang beliau "akan memukul budak itu sehingga kaku" sekiranya berada di tempat Senator Fraser Anning, merujuk kepada insiden Will Connolly, 17, yang bertindak memecahkan telur di atas kepala senator itu pada Sabtu lepas.
Connolly (kanan) menjadi bintang internet selepas memecahkan telur di atas kepala Senator Fraser Anning. Kredit foto: RTE
Insiden yang menyebabkan orang ramai memberi gelaran 'Egg boy' kepada Connolly itu rata-rata disokong ramai disebabkan kenyataan bersifat 'fasis' yang dikeluarkan oleh Anning sebelum itu.
Namun tak semua menyokong tindakan si 'Egg Boy', termasuklah Cain. Akibat kenyataan pelakon berusia 52 tahun ini, netizen memberi respon kecaman terhadap Cain dengan membanding-bandingkannya dengan watak Superman yang pernah dilakonkannya suatu ketika dahulu.
">
Berikut merupakan antara komen negatif netizen terhadap Cain:
"Oh ya, orang dulu-dulu kata, 'Cara untuk hentikan kekerasan adalah melalui kekerasan'. Terbukti berkesan."
"ulangkan balik sut Superman. Sekarang kau dah jadi Lex Luthor."
"Nicolas Cage boleh jadi Superman yang lagi hebat daripada kau."
"Aku kecewa sebab kau pernah melakonkan watak Superman..."
"Sangat mengecewakan apabila mendapat tahu seseorang yang karakternya kau minati rupanya kekurangan karakter baik."
Walaupun dikecam dengan teruk, Cain tetap mempertahankan pendiriannya dan membalas setiap kritikan dengan kata-kata sarkastik.
Wow, beraninya! Nampaknya 'Superman' belum pernah bertemu dengan 'Geng Bawang Malaysia' kalau tak, sudah tentu beliau akan menyesal seumur hidup. - CARI |