Warga asing melacurkan diri sambil hisap syabu. Alasannya, untuk memberi tenaga agar dapat berjaga sepanjang malam melayan pelanggan.
Harian Metro melaporkan itu yang dilakukan pelacur warga asing yang ditahan di dua hotel di Jalan Rangoon, Georgetown semalam.
Pelacur itu memberi alasan kononnya peralatan menghisap syabu itu tertinggal oleh pelanggannya di bilik hotel berkenaan.
Dia didapati cuba membuang peralatan tersebut bersama kondom ke dalam tong sampah ketika serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa.
Kredit foto: Harian Metro
Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 19 pelacur warga asing ditahan dalam operasi itu.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 warganegara Thailand, empat Vietnam dan seorang dari Laos,” katanya. - CARI |