Menurut Fasha, tarikh yang dipilih bagi majlis Malam Berinai itu adalah tarikh yang sama dengan hari lahirnya. Ia juga merupakan kali pertama Fasha diraikan sebegini sebelum berkahwin, memandangkan sebelum ini perkahwinan Fasha nampaknya tidak direstui keluarga mertua.
Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumahtangga bersama Jejai, yang juga merupakan bekas suami aktres Nora Danish. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran membesarkan anak sebagai ibu tunggal, akhirnya Fasha bakal menamatkan gelaran ibu tunggal itu.
Jom layan foto-foto sekitar Majlis Malam Berinai Fasha Sandha dan Aidil Aziz.
Kredit foto: Instagram
Buat Fasha Sandha dan pasangan, selamat melayari bahtera perkahwinan yang akan didirikan. Bukalah lembaran baru dan tidak usah lagi toleh ke belakang. Semoga kekal sampai ke syurga!
- CARI