Seorang budak lelaki berusia 10 tahun mati bunuh diri selepas tidak tahan dibuli oleh rakan di sekolahnya.
Kevin Reese, Jr. gantung dirinya dalam almari selepas berkali-kali dibuli di Robinson Elementary School di Texas.
Ibunya, Crystal Smith memberitahu yang pernah satu hari Kevin balik sekolah menangis kerana ditumbuk banyak kali semasa waktu rehat.
New York Post melaporkan, pembuli-pembuli itu turut menulis di tablet anaknya, "Bunuh diri kamu,kamu tak layak berada di sini".
Kredit foto: New York Post
Selepas mendapati anaknya dibuli, Smith ada pergi membuat laporan di sekolah.
Bagaimanapun pihak sekolah menyatakan tiada bukti berlakunya kejadian buli di situ.
Mayat mangsa dijumpai oleh kakaknya, Crystal, 13 semasa ketiadaan ibu dan bapa tirinya di rumah.
Dalam masa yang sama Crystal meminta ibu bapa di luar sana supaya memberi perhatian lebih kepada anak-anak.
"Jangan ingat segalanya terkawal di sekolah. Berhati-hati." -CARI |