CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2670|Reply: 14

Bukan Hanya di Jepun, 7 Negara Ini Juga Mempunyai Festival Sakura!

[Copy link]
Post time 1-4-2019 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Sebut sahaja mengenai pokok Sakura, sudah pasti negara Jepun yang bermain di fikiran anda bukan? Hal ini demikian, Sakura sudah cukup sinonim dengan Jepun memandangkan di negara ini juga Sakura pertama kalinya tumbuh.

Namun, Sakura tidaklah hanya menumbuh di Jepun sahaja, bahkan di beberapa negara lain juga.


Berikut, ini tujuh negara yang mempunyai festival sakura yang tidak kurang hebatnya.




1. Bandar Jinhae, Korea Selatan


Kredit Foto: idntimes



Tidak ramai yang mengetahui, Sakura juga tumbuh subur di Korea Selatan. Setiap tahun, berpuluh pokok sakura di bandar Jinhae, Korea Selatan akan mekar indah menghiasi jalan-jalan dan sungai-sungai.






Kredit Foto:Google




Bagi anda yang suka berswafoto, bolehlah singgah seketika di Stesen Gyeonghwa untuk menikmati keindahan pokok sakura. Stesen kereta api ini tidak lagi berfungsi dan kini menjadi kawasan buruan pelancong untuk berfoto sambil menikmati keindahan sakura dengan berlatar belakangkan kereta api yang ditinggalkan di situ.




Kredit Foto : Google




Menurut kepercayaan, dikatakan bahawa sesiapa yang telah berjaya menangkap bunga sakura yang jatuh di telapak tangannya, maka hasrat orang itu akan menjadi kenyataan. Ada yang berminat nak mencuba ke?




2. Amsterdam Bos Park, Belanda


Kredit FotoDNTimes



Belanda cukup popular dengan bunga Tulip, dan menjadi bunga kebangsaan negara ini. Tetapi, tulip bukanlah satu-satunya yang didapati di Belanda, bahkan bunga Sakura juga tumbuh subur di negara ini.



Bagi melihatnya, anda boleh sahaja pergi ke Amsterdan Bos Park. Bunga sakura di taman ini dihadiahkan oleh Japan Women's Club pada tahun 2000 sebagai tanda hubungan di kedua-dua negara dan juga memperingati mangsa Tsunami Jepun pada tahun 2000.




Kredit Foto:Google





Buat masa ini, Amsterdam Bos Park sudah mempunyai 400 pokok sakura dan  setiap pokok di sini mempunyai nama yang mana 200 pokok bernama wanita Jepun dan 200 pokok lagi menggunakan nama wanita Belanda.


Setiap April, festival sakura berlansung di sini dan pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan.




3. Jerte Valley, Sepanyol


Kredit foto: Google




Jerte Valley adalah sebuah lembah yang penuh dengan ladang anggur. Namun apa yang istimewa, setiap akhir bulan Mac hingga awal bulan April, bukit ini akan berubah menjadi putih kerana terdapat dua juta pokok sakura yang mekar sehingga menjadikan bukit ini kelihatan putih.





Kredit foto: Google





Untuk mengalu-alukan ketibaan sakura, Festival Bunga Sakura Lembah Jerte atau dalam bahasa Sepanyol bernama La Fiesta del Cerezo en Flor diadakan bagi merayakannya.


Pada perayaan ini anda tidak hanya berpuas hati melihat keindahan bunga sakura, tetapi menonton konsert muzik, membeli cendera hati di pasar kraf tangan, pameran, dan juga lawatan melihat bunga sakura.





4. Macon, Georgia


Kredit foto:Google





Tidak kalah dengan negara lain, Amerika Syarikat juga mempunyai perayaan Sakura yang cukup meriah. Di Macon, Georgia, terdapat festival yang dipanggil Washington, D.C.'s National Cherry Blossom Festival.


Melalui perayaan ini, pengunjung akan melihat 300,000 pokok sakura yang menjadikan bandar ini menjadi merah jambu dalam masa beberapa hari.




Kredit foto:Google




Apa yang lebih menarik, pengunjung tidak perlu membuat bayaran dan bebas untuk masuk dan menyertai perayaan tahunan ini.




5. Vancouver, Columbia United Kingdom


Kredit foto: IDNTimes




Bunga sakura sudah tinggal di Vancouver, British Columbia sejak tahun 1930-an. Bunga ini dihadiahkan oleh Datuk Bandar Kobe dan Yokohama yang berkhidmat pada masa itu.



Setelah beberapa dekad, Vancouver mempunyai 43,000 pokok sakura dan 500 daripadanya terdapat di Van Dusen Botanical Garden. Bunga sakura di UK akan muncul pada akhir bulan Mac hingga akhir bulan April dan penduduk akan mengadakan festival yang dipanggil Vancouver Cherry Blossom Festival.





6. Cibodas Botanical Garden, Indonesia


Kredit foto: Google




Tidak perlu jauh-jauh ke negara Jepun atau Korea, cukup saja pergi ke negara jiran iaitu di Cibodas Botanical Garden, Bogot, Jawa Barat Indonesia kerana di sana juga memiliki pokok sakura.


Sakura mula ditanam pada tahun 1970-an  sehingga akhirnya taman botani memutuskan untuk membuat taman tematik istimewa ini untuk bunga Jepun pada tahun 2007.


Kini, Cibodas Botanical Garden mempunyai sejumlah 435 pokok sakura dan mekar dengan indahnya kerana iklim di taman botani ini sama seperti suhu di Jepun. Uniknya, bunga sakura di Taman Botani Cibodas  juga akan berbunga dua kali setahun iaitu pada Januari-Februari dan Julai-Ogos.




7. Jardim Botanico, Curitiba, Brazil


Kredit foto: IDNTimes




Brazil adalah salah satu negara yang mempunyai penduduk Jepun paling banyak di dunia. Jadi, tidak hairanlah jika negara ini mempunyai pokok sakura.


Sakura pertama kali ditanam oleh orang Jepun yang berhijrah ke Brazil sekitar 110 tahun yang lalu. Kini, pokok sakura dapat dilihat di Jardim Botanico atau Jardim Botanical Gardens di bandar Curitiba.


Uniknya, bunga sakura di Brazil tidak berbunga pada musim bunga tetapi permulaan musim sejuk pada bulan Julai. Menarik bukan? - CARI


Sumber: https://www.idntimes.com/travel/destination/lia-89/bukan-cuma-jepang-7-negara-ini-juga-punya-festival-sakura-c1c2/full

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2019 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Taiwan pun ada ...area Yang Ming Shan
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 10:51 AM | Show all posts
Malaysia tak masuk ke??
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia pon ada..


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tengah menikmati pemandangan sakura di osaka castle Alhamdulillah tahun ni ada rezeki ke jepun
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 05:34 PM | Show all posts
Jinhae tu nampak gambar kosong mcm tu kan, padahal orang yang datang sana kemain ramai mengalahkan orang g konsert. nak amik gamba cantik mcm tu mmg x dapat la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2019 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 1-4-2019 11:58 AM
Malaysia pon ada..

Jadilaaa.. nak pi jopun susah.. pi kedah pun ok..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 06:56 PM | Show all posts
rindu sakura di Jepun..very niceee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya lahai
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 03:48 PM | Show all posts
cntikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 03:59 PM | Show all posts
di Copenhagen pon ada juga


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena masuk wishlist wit hubs
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 10:11 AM | Show all posts
cantiknya tp iols tak berani nk pegi japan atau korea pd musim sakura ni, serba serbi mahal naik harga
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:45 AM | Show all posts
5. Vancouver, Columbia United Kingdom




Kredit foto: IDNTimes






Apsal admin tulis Vancouver, BC tu kat UK? hahaha....Canada la wehh! BC tu kampung mak ai lor.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 05:34 PM | Show all posts
cantiknya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052934 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list