Nampaknya, hubungan antara pelakon Remy Ishak dan Mira Filzah yang kelihatan rapat dan mesra mencetuskan kontroversi.
Dalam salah satu kemas kini di Instagram Remy, orang ramai kelihatan gembira 'menggosipkan' hubungan mereka dan tidak sabar ingin 'makan nasi minyak' kedua-dua pelakon itu.
Semakin panas orang ramai bergosip mengenai mereka yang dikatakan kononnya ada hubungan istimewa terutama apabila tampil sedondon di malam Festival Filem Malaysia (FFM30).
Dalam pada orang ramai mendoakan agar mereka berjodohan, pasti ada 'bintik hitam' yang melontarkan tohmahan negatif terutama terhadap Mira hingga ada yang menuduhnya seorang perampas.
Remy juga dilihat tampil menempelak dakwaan netizen yang mengeluarkan komen negatif terhadapnya dan Mira.
Ramai juga pengikutnya yang lain menyebelahi mereka berdua.
Kredit foto: IG Remy Ishak
Kalau sudah jodoh, tidak ke mana. Kita doakan sahaja yang baik buat mereka semua. - CARI |