George Clooney menjadi bintang Hollywood yang terbaru mengajukan ancaman untuk memboikot hotel milik Sultan Brunei berikutan undang-undang baru anti golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara itu yang akan berkuatkuasa mulai 3 April.
Kredit foto: Carian Google
Dalam sebuah ruangan sebuah akhbar Deadline, George Clooney menulis bahawa Negara Brunai akan mula merejam dan merotan pesalah seks golongan LGBT di negara itu minggu depan. Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah ialah antara orang terkaya di dunia dan memiliki rangkaian hotel mewah seluruh dunia melalui Agensi Pelaburan Brunei (BIA).
Kredit foto: Twitter
Dua daripada hotel itu ialah The Bel-Air dan The Beverly Hills Hotel yang pernah diboikot selebriti dua tahun dahulu atas layanan kerajaan Brunei terhadap golongan LGBT di negara itu.
Kredit foto: Carian Google
Pelakon yang pernah memenangi Oscar itu berkata, beliau sebelum ini pernah menginap beberapa kali di beberapa hotel milik Sultan Brunei kerana kelalaiannya membuat kajian sebelum memilih. 'Jelas, setiap sen yang kita bayar kepada hotel itu akan masuk ke poket pemimpin yang merejam dan merotan golongan LGBT, ini satu perlanggaran hak asasi manusia' tambahnya lagi.
Kredit foto: Twitter
George Clooney juga menyenaraikan sembilan hotel milik Sultan Brunei dan menggesa penyokongnya dan aktivis supaya memboikot hotel-hotel tersebut.
Antara selebriti yang turut menyokong George Clooney memboikot hotel-hotel tersebut ialah Kate Hudson, Courtney Love, Tan France, Lady Gaga, Jamie Lee Curtis, Lance Bass, Alfonso Cuaron, Margot Robbie, Kristen Stewart, Lupita Nyongo, Miley Cyrus, Juliette Lewis, Belinda Carlisle, Rufus Wainwright, Jeffrey Katzenberg dan ramai lagi.
Kredit foto: Twitter
Sejauh manakah boikot ini akan memberi kesan tidak diketahui memandangkan umum tahu kekayaan Sultan Brunei bukan sekadar rangkaian hotel itu sahaja.- CARI |