View: 10183|Reply: 32
|
Seram, Berhantu? Ini Keadaan"Mimaland" Taman Tema Pertama Di Malaysia
[Copy link]
|
|
Jika kini Malaysia memiliki taman tema di serata Malaysia, namun dulu Mimaland merupakan taman tema paling popular di Malaysia. Mana tidaknya, taman tema ini adalah yang pertama di Malaysia.
Mimaland mula di buka kepada pengunjung pada 1975 di Gombak, Selangor. Tetapi, 19 tahun kemudian, taman tema ini terpaksa ditutup akibat berlakunya tanah runtuh di dalam kawasan taman tema yang boleh merisikokan pengunjung.
Mengikut sejarah pembinaan, Mimaland atau nama panjangnya "Malaysia In Mianiature Land" dibina sekitar tahun 1971 di atas tanah yang berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak, yang hanya lebih kurang 30 kilometer sahaja dari Kuala Lumpur.
Saat mula beroperasi, tama tema ini dibuka secara berperingkat kepada pengunjung dengan kemudahan seperti motel, chalet dan restoran terapung di samping kolam renang yang siap dalam fasa pertama.
Antara tarikan di sini adalah taman haiwan prasejarah seperti binaan patung haiwan dinasour yang sangat besar sehingga menjadi tumpuan ramai pengunjung terumanya kanak-kanak.
Sembilan tahun berikutnya, satu lagi kolam renang dibuka dan ia merupakan kolam terbesar dia Asia Tenggara serta antara yang termoden dan tercanggih ketika itu.
Malah, Mimaland juga menambah satu lagi aktiviti menarik iaitu papan luncur gergasi yang sememangnya pada ketika itu begitu menjadi tarikan utama pengunjung.
Selain itu, terdapat juga sebuah tasik yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki sampan, memancing, "giant maze" dan aktiviti merentas hutan.
Bukan itu sahaja, Mimaland juga terkenal sebagai tempat lokasi penggambaran dalam beberapa filem. Antara filemnya adalah Gila-Gila Remaja dan Mekanik.
Malah, perkara yang menjadikan tempat ini sentiasa menerima pengunjung adalah harganya yang berpatutan pada ketika itu sesuai dengan pelbagai aktiviti menarik ditawarkan.
Namun, saat nama Mimaland sudah gah, berlaku dua peristiwa di luar jangkaan yang telah menjatuhkan reputasi taman tema ini.
Pertama
Berlaku kemalangan di kawasan papan luncur pada Januari 1993 sehingga menyebabkan warga Singapura berusia 27 tahun maut. Berikutan itu, Mimaland terpaksa ditutup sementara waktu untuk penambahbaikan sebelum ia kembali dibuka.
Kedua
Setahun kemudian, pada Mei 1994 berlaku kejadian tanah runtuh mengakibatkan kerosakan sama pada dinding kolam renang. Kejadian itu telah menyebabkan air lumpur memenuhi kolam renang tersebut, lantas ia terpaksa ditutup kepada pengunjung.
Peristiwa yang berlaku menyebabkan pihak bertanggungjawab diheret kemuka pengadilan dan Mimaland dihalang untuk beroperasi saat kes sedang dibicarakan.
Hal ini demikian, Mimaland tidak lagi mampu bertahan dan akhirnya pada 1994 ,Mimaland menutup taman tema mereka untuk selama-lamanya.
Kini, sudah 25 tahun Mimaland terbiar begitu sahaja. Persekitaran kawasan ini hampir ditenggelamkan hutan dan tumbuhan yang makin melebat sehingga terlihat begitu menyeramkan. Bahkan dikatakan tempat berhantu dan antara tempat terseram di Malaysia.
Ada yang pernah berkunjung ke sini? Apa kata kongsi sedikit pengalaman indah saat ke Mimaland? - CARI
Sumber: Facebook, Wikipedia, says.com, freemalaysiatoday |
|
|
|
|
|
|
|
haah pernah baca ada dah thread pasal mimaland |
|
|
|
|
|
|
|
haah pernah baca ada dah thread pasal mimaland |
|
|
|
|
|
|
|
lg cantik dinosaur yg terkini.. nampak real dengan lumut2nya tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangnyaaa ditinggal mcm tu je,
Mmg kawasan luas mcm tu dibiarkan mcm tu je?
Xde pemaju yg nk bangunkn balik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kompom ada yg menghuni sbb lama ditinggalkan... dengan kawasan hutan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Syok pula tgk gmbr before after. Aku pun rs2 mcm pernah pergi je mimaland masa kecil. Tp tak ingat dan tak ada gmbr |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah pegi sekali masa sekolah dulu..seingat iols boleh hire bicycle sbb nak jln dlm tu jauh dgn panasnya..elok tempatnya tp x sangka jd camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Paz pun pernah pergi masa kecik. Masa tu best lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Scarynya tengok dinosaur tu. |
|
|
|
|
|
|
|
LostStar replied at 5-4-2019 03:09 PM
lg cantik dinosaur yg terkini.. nampak real dengan lumut2nya tu..
Kannn
Nmpk real plk
|
|
|
|
|
|
|
|
Hauknya tatabahasa tt utk artikel berilmiah sebegini
Anyway...korg perasan x
Gmbr yg dorg ambil yg ada org zaman batu tu
1st pic die dongak ats
2nd pic mcm merenung ke bwh dan nmpk kesayuan
Adakah patung yg sm atau berbeza? |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 6-4-2019 11:32 PM
Kannn
Nmpk real plk
Mungkin lepasni blh buat jurasic park mimaland II.. ahaks.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yezza... i pon perasan benda yg sama...
byk kali gak telek pic tu
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak...tgk gambar no 2 tu...eh saya pernah sampai la tempat ni taun 1989 kot mse sekolah rendah
same pemabdangan mcm tu...tp tak ingat pulak ada dino kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
meremang pulak bulu roma tengok gambar - gambar tu |
|
|
|
|
|
|
|
kan dah ada tred ni.. igtkan dah berubah dah mimaland tu. rupanya masih sama.
so ini adalah tred ulang tayang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|