Seorang lelaki dari Salford, United Kingdom (UK) mengatakan dia sering merasakan dirinya bukan manusia sebenar, kini memutuskan untuk hidup separuh masa sebagai manusia anjing dengan makan dari mangkuk haiwan, memakai topeng anjing, menyalak, menjilat dan mengiggit kawan-kawannya.
Kredit foto: Mirror
Kaz James, 37, berkata sejak kecil dia sering merasakan dirinya adalah anjing dan sangat janggal menjalin persahabatan dengan kanak-kanak lain sehinggalah mendedahkan pesonanya sebagai anjing ketika remaja.
Kredit foto: Mirror
Kini bekerja sebagai pengurus sebuah kedai, Kaz mendapat bantuan daripada komuniti 'manusia anjing' di internet untuk melakukan transformasi separuh masa dengan membeli kostum dan peralatan khas bernilai RM12,000. Beliau hanya memakai pakaian biasa ketika bekerja.
"Sebelumnya, saya tidak pernah tahu adanya manusia anjing tetapi saya sering menyapa kawan-kawan dengan mengiggit kolar baju dengan gigi, kemudian menjillat dan mengiggit mereka seperti anjing," cerita Kaz.
Kredit foto: Mirror
"Sehinggalah saya menjumpai kumpulan manusia anjing di internet dan menyedari saya seorang daripada mereka, kini saya merasa tidak janggal lagi kerana mempunyai kawan-kawan yang sekepala," jelas Kaz lagi.
Kredit foto: Mirror
Memiliki beberapa pasang kostum manusia anjing, Kaz memberitahu beliau sering mendapat reaksi yang positif daripada orang ramai setiap kali keluar di tempat awam. "Ianya satu bentuk ekspresi, saya boleh keluar dengan t-shirt dengan gambar anjing tetapi ianya bukanlah diri saya yangs sebenar," terangnya.
Kredit foto: Mirror
Kaz berkata dengan transformasi itu, beliau tidak sabar untuk berganti kostum manusia anjing setiap kali pulang dari kerja sebelum berehat. "Saya rasa sangat bebas dan tenang dengan kostum manusia anjing ini," katanya lagi.
Sekurang-kurangnya hidup Kaz tidak menyusahkan orang lain. Adakah ini satu lagi kecelaruan identiti? Atau masalah mental? Berapa lamakah beliau mampu hidup seperti ini? -CARI |