Tiga lelaki dilaporkan meninggal dunia di sebuah hostel di Ihigwa, Nigeria selepas melakukan hubungan seks berkumpulan dengan seorang wanita.
Kredit foto: Carian Google
Menurut Daily Post, kejadian berlaku di sebuah rumah tumpangan, Sunshine Lodge berdekatan kampus University of Technology Owerri pada minggu lalu.
Kredit foto: Daily Post
Ketiga-tiga lelaki itu adalah pelajar universiti berkenaan dan dua daripadanya disahkan meninggal di tempat kejadian, manakala seorang lagi lelaki meninggal dunia di hospital. Wanita itu juga masih menerima rawatan, tetapi dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kredit foto: Daily Post
Ketika polis tiba di penginapan tersebut, mereka menemui kesemua empat individu terbabit dalam keadaan berbogel dan tidak sedarkan diri.
Kredit foto: Daily Post
Polis mengesyaki mereka menggunakan dadah berdasarkan peralatan dan barangan di tempat kejadian seperti botol kodeina, paket tramadol, vodka dan beberapa jenis dadah lain.
Kredit foto: Daily Post
Dua lelaki sudah tidak bernafas ketika ketibaan polis, manakala lelaki ketiga dan wanita itu masih bernyawa dan dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum lelaki berkenaan disahkan meninggal, lapor jurucakap polis Rabiu Lodado.
Satu pengajaran untuk semua. Kerana menggunakan bahan terlarang, nyawa sia-sia melayang. - CARI |