CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2673|Reply: 15

Kisah Gadis GrabFood Hantar Makanan Guna Kerusi Roda Sentuh Hati Netizen..

[Copy link]
Post time 8-4-2019 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Tidak boleh berjalan sejak lahir, Sumaiyah Ghazali seorang gadis OKU di Singapura menceritakan kisah hidupnya yang bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood untuk menyara kehidupan.



Sumber Gambar: Berita Harian Singapura



Kerana tidak mahu bergantung hidup kepada orang lain, Sumaiyah nekad mahu bekerja dan menyara dirinya sendiri. Penyakit Celebral Palsy tidak mampu untuk menghalang wanita cekal ini untuk mencari rezeki seperti orang lain.


Sumaiyah pernah bekerja di pejabat suatu ketika dahulu, namun dia berhenti kerana tangannya tidak kuat untuk menjalan kerja-kerja pejabat dan sering dimarahi kerana cara kerjanya sedikit perlahan daripada orang lain.








Katanya lagi, dia menghantar makanan menggunakan pengangkutan awam iaitu bas untuk pergi ke rumah pelanggannya dan kadang kala dimarahi oleh pelanggan apabila lambat menghantar makanan.


Antara dugaan besar dalam menghantar makanan bagi Sumaiyah adalah ketika hujan. Dia akan berteduh menggunakan payung dan proses penghantaran makanan juga akan menjadi sedikit lambat kerana jalan raya akan menjadi lebih sesak ketika hujan.


Kisah yang memberi inspirasi ini boleh memberi pengajaran buat kita agar tidak cepat berputus asa dalam kehidupan! - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2019 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Such an inspiration...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 01:16 PM | Show all posts
hebat sungguh dia....hari tuh tgk kat majalah 3, lelaki cacat tangan akibat bom tangan, jadi penghantar grabfood juga...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 04:22 PM | Show all posts
Syabas buat beliau sanggup berusaha walaupun ada kekurangan diri
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 04:45 PM | Show all posts
semoga Allah terus merahmati mereka dan
keluarga mereka..

biar susah asalkan rezeki tu halal..
Insyallah berkat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 05:06 PM | Show all posts
yg oku pun berusaha nak cr duit yg sihat walafiat muda
bdn kuat lg buat apa.jd biawak hdp jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2019 05:12 PM | Show all posts
tu la yg sihat ni ramai xnak keje..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 12:48 PM | Show all posts
semoga murah rezeki sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2019 01:52 PM | Show all posts
Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 02:34 PM | Show all posts
gigih..kagum
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sohai ko tu xde cacat pun knapa la malas nk cri rzki berterusan untuk anak bini ko?ke ko cacat otak ni?eh malu la skit ngan akak ni wlupun oku tapi keja gak
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 04:15 PM | Show all posts
kalau ada moto utk OKU mcm akak ni lagi senang dia nak bergerak..maksud i kat sini, moto dia tu boleh masuk sekalila kerusi roda dia.. tak payah la akak tu naik turun public transport...dah sampai umah customer/kedai  dia boleh la turun dengan senang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 04:19 PM | Show all posts
kagum... hebat
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 08:52 AM | Show all posts
kesiannyaa. tapi still lagi semangat tgi nk sara hidup sdri. not rely others. respect !
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:20 PM | Show all posts
chicozinn replied at 9-4-2019 04:06 PM
Sohai ko tu xde cacat pun knapa la malas nk cri rzki berterusan untuk anak bini ko?ke ko cacat otak  ...

Masa tengok Majalah 3 pasal ada budak ni tak de tangan tapi gigih hantar GrabFood untuk sara hidup, I terpikir pasal sohai gak
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat semangat dan rajin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.058559 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list