Penyanyi, pengacara dan pelakon Nor Atiqa Noor Azraff atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Kaka Azraff semalam menerima kutukan apabila gambarnya semasa sesi fotografi bagi sebuah majalah hiburan tempatan dikongsi di media sosial Instagram majalah tersebut.
Menggunakan tema "The Unconventional Bride", Kaka diminta untuk menggayakan beberapa fesyen yang agak unik dengan mesej yang tersendiri.
Namun, foto dimana Kaka mengenakan busana yang berwarna biru paling menarik perhatian netizen dan disamakan dengan guni bawang.
Rambut terpacak tinggi dan kepala diserkup dengan veil pengantin berona biru..
Kredit foto : Ig Eh!Malaysia
Seperti biasa, ramai yang bertindak mengkritik fesyen pelantun lagu Sibuk dan Bukan Hal aku itu dengan menyamakannya seperti hantu bungkus dan juga plastik sampah.
Kredit foto : Ig Eh!Malaysia & Budiey
Macam-macam lah netizen ni. Mungkin ramai yang tidak faham konsep dalam berfesyen. Kadang-kala sesi fotografi tersebut mempunyai maksud yang tersurat yang sukar untuk kita fahami. -CARI |