Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata demikian selepas terbukti isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak membeli cincin berlian merah jambu bernilai jutaan ringgit seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Memetik Utusan, Najib berkata ramai pihak yang sebelum ini terpengaruh dengan fitnah membabitkan barang kemas berkenaan dengan isterinya, tampil memohon maaf.
"Ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), saya dan isteri jadi mangsa fitnah. Kita sudah cakap ada resit masuk keluar Kastam, tapi dia percaya (pemimpin DAP), Tony Pua kata isteri saya beli cincin berjuta-juta ringgit.
“Padahal ketika itu kebetulan besan saya datang, tinggal dua minggu (di Malaysia) dan apabila benda itu (cincin) sampai, dia tengok dan hantar balik. Rosmah tak tahu pun, tapi ribuan orang percaya.
“Apabila berita terbukti isteri saya tak beli keluar dalam Facebook, berderet-deret orang minta maaf," katanya ketika berucap dalam Program Bossku Bersama Rakyat di Kampung Kanchong, Rantau, malam tadi seperti dipetik Utusan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah sebelum ini mengakui barang kemas berharga kira-kira RM24 juta itu tidak dibeli Rosmah dan telah dibawa keluar dari negara ini oleh ejen jualannya. - CARI
Post time 14-5-2019 01:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Selagi mahkamah x sabitkan kesalahan..selagi tu la org yg didakwa x bersalah...cam anwar kaki bontot..join madey terus suci...sukatan dipaksa beri keampunan utk kuarkan anwar kaki bontot