View: 1633|Reply: 5
|
Lelaki Lepaskan Berpuluh Ular Hidup Di Sungai Untuk Tuah
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki ditahan selepas melepaskan berpuluh ekor ular hidup di sungai dengan harapan ia dapat meningkatkan keuntungan dalam perniagaannya.
Memetik Shanghaiist, polis sedang menjalankan siasatan terhadapnya kerana terbabit dengan penyeludupan hidupan liar.
Lelaki dikenali sebagai Yu itu dilaporkan membeli sejumlah ular hidup yang kesemuanya seberat 40 kilogram dengan harga 5,000 yuan (RM3,062) dari sebuah pasar di wilayah Guangdong, minggu lepas.
Kredit foto: Shanghaiist
Bukan saja ular, malah dia turut membeli sejumlah ikan dan belut pada harga 11,000 yuan (RM6,737).
Beberapa hari kemudian, Yu melepaskan kesemua haiwan itu di Sungai Lancang di wilayah Yunnan.
Perbuatan itu dikatakan upacara keagamaan Buddha “fangsheng” yang bermaksud 'melepaskan nyawa' di mana pelakunya akan mendapat tuah dengan melepaskan haiwan yang ditangkap kembali ke habitatnya.
Sehubungan itu, Yu bertindak demikian dengan harapan ia dapat membantu perniagaan hartanahnya.
Menurut laporan, sekumpulan 50 pegawai perhutanan dikerahkan ke lokasi kejadian untuk cuba menangkap reptilia terbabit. Namun, hingga kini dipercayai mereka hanya berjaya menangkap 12 ekor daripadanya. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cina kat tpt aku asa gak melepaskan ikan keli 1 tan kat sungai depan kebun tu. Kadang patin.. Entah ikut lah apa niat depa |
|
|
|
|
|
|
|
ajaran. buddha bagus... lepaskan hidupan agar tak terseksa dlm kurungan
tp niat pelaku ni salah.. pergunakan agama utk. kepentingan diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|