Seringkali apabila kita membaca berita mengenai wanita yang menjadi mangsa cabul, banyak mulut-mulut sumbang yang mempersalahkan pemakaian si mangsa yang dikatakan mendedahkan. Terutamanya lelaki, ramai yang berpendapat berpakaian menutup aurat akan menyelesaikan kes-kes sebegini dengan mudahnya.
Adakah benarnya pandangan ini? Seorang netizen memuatnaik sebuah status yang menyebabkan perdebatan hangat baru-baru ini.
Kredit foto: Twitter
Menurut netizen tersebut, hampir setiap hari beliau menjadi mangsa panggilan nakal para lelaki walaupun mengenakan hijab. Anehnya, selepas menanggalkan hijabnya, gangguan seks seperti itu berkurangan.
Kredit foto: Twitter
Kenyataan itu menyebabkan ramai yang membuat hipotesis bahawa wanita bertudung lebih banyak mengalami banyak gangguan berbanding yang tidak bertudung.
Ada yang tertanya-tanya adakah wanita yang lain juga mengalami perkara yang sama ?
Kredit foto: Carian Google
Seorang netizen berkongsi pengalaman diraba di dalam LRT ketika ke tempat kerja. Beliau mengenakan baju kurung dan tudung bawal.
'Sejak sekolah rendah lagi saya mengenakan tudung tetapi masih kena gangguan, pernah lelaki menunjukkan kemaluannya dan pernah diraba seorang pekedai Arab di Mekah, dia juga menggeselkan kemaluannya ke belakang saya' kata seorang lagi wanita.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Seorang wanita yang kini tidak lagi bertudung berkata lelaki suka mengganggunya dan mencubit pipinya ketika bertudung.
Lebih mengejutkan, seorang wanita mengatakan gurunya sendiri yang melakukan gangguan seks dengan bahasa lucah kepadanya.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Sebaliknya ada wanita yang berpendapat gangguan kekal ada, sama kepada wanita bertudung atau tidak.
Pendapat ini disokong oleh seorang lelaki yang berkata secara jujur wanita kelihatan menarik tidak kira apa pakaiannya jadi isu ini semestinya berpunca daripada lelaki yang tidak mampu mengawal diri.
Kredit foto: Twitter
Apa pula pandangan anda? Benarkah wanita berhijab kekal menjadi mangsa gangguan seks? - CARI
u can only control yourself.
cara nak elak harassment, pakai tudung labuh tutup dada,
baju longgar, loose pant, make up ala kadar, n be modest (low-key).
jangan jadi hijaboobs.
pakai tudung, tapi seluar ketat nampak pantyline,
baju singkat bontot terkeluar, tudung kecik nampak tetek tersembul.
memang kena kacau la dengan jantan jongos.
nak educate apa nya, jantan pervert ni memang ada di mana2.
macam aku kata tadi, do things within your control.
tapi kalau bab rogol tu, tak boleh kata apa.
predator macam ni, bukan nya kira mangsa pakai apa.
dia cari mangsa yang dia rasa boleh makan jer time line clear.
Post time 23-4-2019 03:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Skrg ni trend pakai tudung tapi baju agak ketat di situ. Lepas tu meraung2 kne usik dgn perv. Acee pakai longgar jgn bagi sembul aset2 segelee gitu.
Lagipun skrg ni zaman buat baik lagi berat ujian nye gettew. Kira tu ujian buat dorang la. Sama ada nak bertahan tunaikan printah Allah. Atau ngikutan bisikan syaiton. Pilihan di tangan anda la jawapnye.
ko ni mesti jantan kan?
sexual harassment tu bukan takat raba-raba je dik
percakapan, jelingan, perbuatan pun kalau ada niat tu dikire sexual harassment
cth mcm ni
kt sekolah mesti ada sorg ustaz ni suka citer benda lucah
kalau bab mandi hadas ke haid ke punye la excited
tu pun sbnrnye sexual harassment
catcalling, yang korang berfewit fewit kt pompuan
tu pun sexual harassment
ko jantan hengat pompuan suka ke kene fewit mcm tu?
yg kes PU abu perah tetek student die
walaupun student die lelaki
tu pun sexual harassment
cuba ko baca balik twit twit mangsa yang kena tu
apa pakaian yg diorg pakai
sebenarnya sbg perempuan aku berani cakap
90% perempuan kt dunia ni mesti dah pernah kene sexual harassment
termasukla aku yg hodoh ni
penah je ade orang stop aku kt tgh jalan masa aku balik sekolah pastu tarik aku masuk semak
nasib baik aku sempat diselamatkan
padahal aku pakai baju uniform sekolah siap tudung kot
tu kes paling besar
dpt sms dr no misteri nak ajak tido la
ko rasa tu tak mengganggu emosi perempuan ke
kes perempuan koma pun kene rogol ngan staf hospital sampai terberanak
perempuan sakit mental kene rogol sampai terberanak
tak kire la baju apa yang perempuan pakai pun
memang isu ni takkan selesai
nak selesai satu je
letih aku nak baca, panjang sangat.
educate la sebanyak mana lelaki yang kau mampu.
apa yang aku cakap tu, kalau kau tanak terima, aku pong tak paksa.
itu cuma untuk minimize the problem, for your own behalf,
bukan untuk solve krisis pervert men satu donia.
apa kata kau racun jer semua jantan dalam donia nih.
selesai masalah.
sampai niat orang pun kau nak sebut,
dasat sampai boleh baca apa niat semua jantan sedonia.
as being said, educate la sebanyak mana jantan yang ko mampu.
aku tak kuasa nak melarang pong.
aku cuma mampu tengok dari jauh sambil makan popcorn.